Tuesday, October 11, 2011

AWEK CHUCK TAYLOR #1


Assalamualaikum dan hye!

kali ni nak bersemangat lebih sikit untuk review satu blook yang telah lama aku nantikan untuk berada di tangan aku. blook tersebut ialah... (bunyi drum) AWEK CHUCK TAYLOR (ACT)! yeah! ok, over sudah semangat di situ. huhu. ok, seperti yang semua tau blook ialah satu buku yang isinya diambil dari entri-entri blog. walaupun penulis gemar mengatakan ini ialah blovel, tapi aku tetap nak panggil blook gak, sebab novel pun salah stau dari buku. kehkehkehkehkeh. ok! series! bagi peminat blog AWEK CHUCK TAYLOR, mesti dah tau apa yang ada dalam blook kali ni. jadi, review kali ni khas untuk pembaca ACT yang belum pernah menjengah blog asalnya.

Awek Chuck Taylor?! citer pasal sape? pe benda chuck taylor tu?


ok, Awek Chuck Taylor ialah sebuah cerita cinta benar atau kisah cinta sebenar penulis. yang dimulakan dengan awek no 2 (kalau tak silap) hingga ke awek no 8 (kalau tak silap juga). eh! sebenarnya aku tak ingat, tapi memang tak dimulakan dengan awek pertama la. cerita mengenai bagaimana penulis berkenalan, bercinta dan akhirnya putus cinta dengan kesemua yang dipaparkan dalam blook (penulis hanya petik beberapa orang saja hingga kekasih yang ada tempat khas dalam hati penulis).

chuck taylor itu ialah sejenis kasut high cut jenama converse. mengikut fahaman aku, penulis dan salah satu orang kekasihnya gemar memakai kasut ini.

bagi aku, Awek Chuck Taylor ni menggambarkan salah seorang awek dia dulu, yang memang blook ini pun pada asalnya didedikasikan khas kepadanya.

Menarik tak blook ni?


sangat menarik! penulisan menggunakan bahasa yang bersahaja dan memang digunakan oleh kita-kita, remaja ni. jadi, penulis berjaya buat pembaca lebih mudah faham plot cerita, mampu juga bawa kita pada situasi itu (sebenar) dalam latar tempat, latar masa dan latar masyarakatnya.

pembaca akan dihidangkan dengan kisah seorang gadis iaitu Awek Chuck Taylor yang sangat tidak klise. jujur aku cakap, dalam banyak-banyak watak, watak yang gadis yang satu ni sangat lekat dalam hati aku. penulis berjaya buat aku kagum dengan beliau. ya, beliau sangat lain dari gadis-gadis biasa. kerana bahan bacaan ilmunya yang berbeza, kerana pendirian yang sangat tegas, kerana keberanian dalam mengatakan apa yang dia rasa itu haknya, kerana sifat rasa tidak selamat buat dia secara zahirnya bukanlah gadis ayu yang bergaduh tarik rambut. bukan! tidak padanya!

sebagai kontranya, anda juga akan disajikan dengan kisah gadis yang murni hatinya. walau dijadikan tempat melepaskan amarah dan rasa ketidakpuasan hati, tapi dia memaafkan. percaya pada cinta yang satu walau berjauhan beribu batu. begitu menyayangi si kakak yang pernah menyebabkan dia masuk wad, begitu menjaga hati orang disekelilingnya dan sifatnya yang manja buat aku tersentuh.

penulis garapkan satu hubungan yang unik. sangat unik! antara kekasih-kekasih, adik-kakak, abang kekasih-kekasih. semua dalam satu.

Kau kan dah baca blognya, kenapa beli buku dia pulak? kan citernya sama je?


ini soalan popular diajukan kawan-kawan masa aku beli buku ni. kenapa? sebab unik. penulis bagi aku satu perasaan indah masa baca entri-entri di blognya. penulis berjaya buat aku rasa sedih dengan situasinya, buat aku gembira dengan kebahagiaannya. aku bagaikan menyelami perasaan penulis. perasaan aku (salah seorang 160,000++) semasa entri ini hanya di blog sangat berbeza. kerana, percaya atau tidak, bila sampai bahagian penulis bersedih, aku akan bermuram sepanjang hari. maka, aku beli blook ini. sebab aku nak semula perasaan unik itu kembali.

tapi sebagai pembaca blognya dahulu, ingin aku nasihatkan buat bakal pembaca yang baru, berhati-hati ketika membaca. sebab entri-entri asal adalah sangat panjang, maka, pihak editor telah banyak melakukan pemotongan (baca:edit). ya, aku boleh detect bahagian mana yang diedit walaupun aku tak ingat semua. jadi, berlaku pemadatan yang banyak dengan saiz font yang kecil, boleh buat anda hilang arah kejap kalau tak fokus betul-betul.

tak rugi nak baca banyak kali, sebab ceritanya berbeza. agak lain dari lain, terutamanya mengenai watak Awek Chuck Taylor itu sendiri. watak yang satu ni dah cukup buat dada turun naik, dahi kerut tak kerut, darah boleh tak stabil. dan mungkin juga timbul rasa tak percaya dengan watak ini.

bagi aku, blook kali ni lebih lengkap kerana nilai-nilai positif dan negatif agak balance. dan aku suka cover blook ni! hehe..

pengakhiran yang menyedihkan, aku sendiri pun tak mampu senyum lepas membaca. tapi plot yang banyak gunung-ganangnya, banyak lopaknya dan banyak becaknya akan buat anda rasa berpuas hati memilik blook ini.

1 comment:

shandye. said...

aku tak beli lg! arrgghhh... demm...

member aku cakap best. harus aku cilok baca jap...

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords