Saturday, December 3, 2011

DENDAM


kali ni saja taknak snap gamba skali dgn tajuk buku.

Assalamualaikum dan hye kawan2!

Setelah sekian lama, blog tak dikemas kini atas faktor kesibukan melampau (sila percaya sbb nak baca blog pun tak sempat), kali ni blog kesayangan ku diisi dengan review buku fixi terbaru (sebenarnya dah lama kuar tp aku yang baru baca) bertajuk DENDAM.

sungguh aku cakap, waktu aku beli buku ni eksaited sampai aku dok tersengih sepanjang hari. aku juga mengharapkan buku ini akan beri aku seribu satu kelainan yang terkesan dalam hati.

pembacaan mengambil masa dalam tempoh dua hari ni (kira cepat gak ni) buat aku memutuskan beberapa kesimpulan. *kali ni aku nak buat poin2 je stail mahathir buat kat dalam blognya.

1. Sebenarnya, Khalil ni bukanlah pendendam atau seorang yg ganas atas faktor semula jadi. dia jadi camtu sebab faktor pengaruh.pengaruh negatif dari bapak dia yang kena tangkap dgn polis akibat merusuh kat Alor Star dan ditibai teruk sampai dapat cacat kekal sampai ke tua.bapak Khalil yg tak puas hati giler dekat Sarjan terlibat ni lah yg dok tanam sentimen balas dendan kat Khalil.

2.  Tajuk buku "DENDAM" sebenarnya tak berapa nak melambangkan cerita dalaman sebab? sebab cuma ada dlm beberapa plot tertentu je bukan secara keseluruhan.contoh : dlm bab2 awal je citer pasal Khalil suka nak bals dendam.bab sharifah maznah upah pembunuh upahan utk bunuh pegawai polis yg tembak mati Haiqal.bab normah balas dendam kat Khalil dgn tamatkan kontraknya kat TV13.

3. Banyak bagi tumpuan pd masyarakat elitis yg penuh dgn rasuah, seks dan perempuan.itu pun citer gitu2 je.tapi uniknya Khalil yg kaya suke bikin seks sama perempuan2 yg dia nak,dia tak penah sentuh arak.ok!yg ni menarik.

4. Polis yg penuh dengan rasuah, makan duit gengster sana sini. itu menarik!

5. Ada satu part yg aku suka dlm buku fixi yg satu ni pd hujung2 bab. ada satu konsep what goes around comes around dipaparkan bila Khalil termakan racun santaunya sendiri.

6. Aku gelar "DENDAM" sebagai novel baik2.sebab? sebab sifat antagonis Khalil tak banyak sangat dipaparkan buat aku tak rase kejahatan Khalil yg sebenar.lebih banyak bab cerita pasal Khalil dgn Normah berubah jadi baik dan buat benda2 baik. ok! yg ni sangat membosankan aku.

sebenarnya, DENDAM agak mengecewakan. tak ada unsur umph! yg aku harapkan. plot yang agak mendatar buat aku boleh agak apa yg jadi seterusnya. penulisan yg lebih banyak pasal Khalil yg baik ni buat aku rasa novel ini hampir sama dengan novel tipikal lain. agak klise. peleraian yg so-so buat aku agak sakit hati.

well, lain orang lain rasa bukan? jangan percaya apa yg aku cakap ni. korang baca dulu dan nilai sendiri ya?



1 comment:

shandye. said...

agak kecewa dgn ending dia yg sangat-sangat predictable walaupun hakikatnya itu yg kita idam-idamkan pada akhirnya. betul tak?

anyways... novel ni sarat dgn info yg akan buat pembaca cakap "ooo... macam tu eh?"

hehehe...

can't wait for tabu & kelabu plak hujung bulan ni. hehehehe....

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords