Monday, October 10, 2011

KITAB TERFAKTAB


Assalamualaikum dan hye!

Melihat gambar di atas, cukup buat para pembaca tahu buku apa yang ingin di-review kali ini. bagi peminat blog terfaktab, pastinya semua tahu bahawa para penulis blog ini telah mengeluarkan buku khas buat para pembacanya, tidak kira yang sedang dilamun cinta, terfaktab dalam percintaan atau forever alone (akulah tu!). mungkin agak terlambat untuk aku review, tapi sebagai pembaca dan juga peminat terfaktab, aku pasti akan mengulas beberapa perkara berkenaan buku ini.

buku yang mempunyai 112 muka surat ini mengumpulkan curahan idea, pandangan atau rasa penulis yang seramai 17 orang ini berkenaan dengan apa sahaja berkaitan percintaan. dimulakan dengan tulisan terpendek oleh brader leplep, bagaikan satu santapan ringan tapi amat berkesan di hati. ya, jujur aku cakap, kali ini, aku lebih tertarik dan sangat terpaut pada tulisan leplep. humor yang mengingatkan kita seharusnya jujur dan ikhlas untuk rasa jatuh cinta pada seseorang. penulisan oleh Amoi juga ada tempat khas dalam hati aku, sebab apa yang diceritakan itu, aku pernah hadapinya. agak sentap tapi benar. apa yang menarik lagi, selitan komik oleh penulis seperti the bent pencil dan husky pusky.

susunan cerita mengikut kronologi sesebuah percintaan, dimulakan dengan detik jatuh cinta, indahnya percintaan sehinggalah ke situasi curang dan putus cinta, keadaan pasca putus cinta juga turut diselitkan hasil penulisan oleh shahirah khairuddin. definisi cinta infiniti dilengkapkan lagi dengan sisipan temu bual lord zara dan aqram bersama jayzuan dan penulis buku fixi KASINO berkenaan cinta.

keseluruhannya, kitab terfaktab menyajikan pembaca mengenai perkara-perkara ringan tapi berat yang sering kali dipandang remeh oleh kita yang bernama manusia. penyampaian yang pelbagai seperti lukisan dan cerpen yang aku pasti dari pengalaman peribadi penulis, membuatkan pembaca seronok untuk mencerna intipati penulisan. bagi peminat tegar, aku percaya tentu mereka boleh kenal pasti siapa pemilik cerita-cerita yang ada tanpa perlu disertakan nama. penulisan yang menimbulkan senyum, kerut dahi, tersentuh hati dan hiba lengkap mengatakan bahawa CINTA ITU BUTA, TAPI KITA TAK PATUT BUTA DENGAN CINTA.


walau bagaimanapun, aku kurang inzal membaca kitab terfaktab. mungkin disebabkan sifat fizikal buku ini, saiz font tulisan yang kecil, menampakkan sedikit serabut. apa-apa pun sifatnya yang nipis dan kecil, membolehkan kita menyimpan dalam beg dan bawa ke mana sahaja! komik oleh dorky guy yang telah dipaparkan dalam blog peribadinya juga meng-spoil-kan mood aku.

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords