Wednesday, October 17, 2012

KONTRADIKSI


Terima kasih Google.

Setelah DVD Kontradiksi ini aku simpan berhari-hari (minggu mungkin) selepas diberi pinjam oleh seorang teman, akhirnya, aku tonton juga filem yang satu ini, itu pun selepas tuan punya dvd minta semula dvd ni. hahaha... jadi, dah tiba masa untuk aku buat sedikit Sudut Pandangan Saya sebagai tatapan korang semua. (apahal ayat aku macam ni?)

apa-apa pun, kita baca dulu kata-kata kat belakang bekas dvd ni :

Dua orang gadis yang berada dalam ruang kawasan dan persekitaran yang sama. Mereka saling tahu sama lain, tapi tidak pernah cuba lebih saling mengenali. Mira seorang pelukis yang sedang cuba untuk mencari pelalian. Manakala Fynn pula, buskers yang keliru dengan kehendaknya, tetapi mempunyai keinginan yang kuat.


jadi, apa kata aku :

benar, dua gadis ini berada dalam kawasan dan persekitaran yang sama juga dua gadis ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, cumanya kehadiran dua gadis ini dipisahkan dengan satu frasa yang aku panggil, "sebelum dan selepas".

benar juga dua gadis ini saling mengenali tetapi cukuplah kalau aku panggil konsep perkenalan mereka sebagai "pandang-pandang, jeling-jeling, hye-hye dan bye-bye".

Kontradiksi mengisahkan dua orang gadis yang boleh aku kira kecundang dan bahagia. kecundang untuk Mira manakala bahagia untuk Fynn. aku sifatkan Mira sebagai kisah kecundang kerana proses pelalian yang dia alami sebenarnya melibatkan hati dan perasaan. Hati dan perasaan yang dilukai dek makhluk bernama lelaki, tetapi kelukaan yang timbul bukan dilakukan oleh seorang lelaki tetapi dua. Pelalian ini untuk menghilangkan rasa sakit, sedih, kecewa dan juga pelalian dalam mematikan satu penantian. Apa yang Mira buat sepanjang proses pelalian? sila tonton dan ketahui sendiri... berbeza dengan Fynn, ceritanya lebih ringkas. ringkas dari segi dialog tapi berat dari segi unsur lain dalam filem yang perlu ditafsir sendiri. aku sifatkan cerita Fynn sebagai cerita bahagia kerana sesi mengorat seorang lelaki dan impian hidup menjadi realiti.

jujur, filem ini buat aku senyum lebar. ceritanya tak terlalu berat, plot yang ringkas, latar yang aku boleh panggil sebagai nadi sebenar kuala lumpur, langsung tidak melibatkan segala hal-hal elitis, cukup dekat dengan masyarakat biasa-biasa. latar ini bukan sahaja melibatkan latar tempat dan masa, malah perwatakan yang dizahirkan melalui perwatakan. cumanya, ada juga elemen nadi sebenar kuala lumpur yang masih ralat untuk diterima oleh penonton atau pun boleh aku kira sebagai "tabu" dalam norma kehidupan yang ada. apa yang "tabu" dan ralat? mohon tonton sendiri ya...

shot yang diambil oleh jurukamera aku anggap cantik, lighting yang agak perfect bagi aku, editing yang agak kemas selain dihiasi bait-bait puisi Fynn  Jamal itu sendiri aku kira cukup kuat bagi peminat tegar Fynn Jamal untuk menunjuk riak bangga selain boleh menyebabkan promosi keras yang positif. oh ya,aku bukan peminat tegar Fynn Jamal tapi aku kagum dengan hasil kerjanya...

namun! ada juga yang kurang... lagi-lagi bab teknikal, sebab masa aku tengok dvd ni, dvd ni sangkut-sangkut. aku tak tahulah sama ada laptop aku yang problem atau dvd ni memang ada masalah. ada penggunaan kata yang aku kira tak sesuai.  penggunaan kata "intip" dalam salah satu dialog. bagi aku, penggunaan kata intip tu bukan tak sesuai dari segi maksud tapi tak sesuai dari segi penggunaan. mungkin sebab aloy nak guna bahasa melayu seratus dalam filem ni yang buat aku sendiri rasa kekok dengan penggunaan kata "intip" dalam dialog. tapi plot yang ringkas ini, aku rasa kurang beri impak dari segi emosi mungkin sebab aloy buat filem ni hanya untuk santai-santai je.

peringatan! dalam bahagian pertama, penggunaan elemen flash back banyak digunakan. jadi, kena lebih fokus siket masa nak tengok. kalau tak, boleh tak faham citer tu pasal apa.

sebenarnya, siapa yang biasa dalam kehidupan hiburan independent ni akan gelak siket-siket atau mungkin bahak-bahak sebab ada usaha dari aloy untuk promote buku-buku dia dan kawan-kawan dia. kemunculan pyan habib, nik jidan dan lain-lain buat peminat independent tersenyum lebar. oh ya, penampilan pyan habib berjaya memberi sedikit kelainan dalam cerita walaupun scene dia tak banyak tapi cukup kuat untuk menilbulkan soalan "kenapa".

ok, sekian sahaja review aku yang seperti biasa dalam-otak-je-banyak-tapi-bila-dah-mula-taip-semua benda-lupa. adios dan selamat menonton!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords