Sunday, October 21, 2012

AWEKS KL


Terima kasih pak cik Google.

Another review from me! (ok,ini sebab tengah rajin sebenarnya.huhu...)

Well, untuk dijadikan cerita, buku ini dijumpai di rak terbuka Perpustakaan Hamzah Sendut 1 atau PHS1. ya, PHS 1 oleh seorang kawan sewaktu kami buat rondaan keliling library tanda kebosanan melampau (nampak tak library pun boleh jadi tempat lepak?poyo!).

Buku ini aku habiskan bacaan dalam tempoh beberapa hari atas sebab waktu yang mengekang. 

Secara keseluruhannya, buku ni mudah untuk aku hadam sebab tema dari setiap artikel yang ada,aku kira mudah untuk diterima. tapi mudah ini aku turut serta dengan sedikit kerutan dahi dek kadang-kadang aku blur kejap dengan kata-kata yang ada. 

Buku ini dapat aku simpulkan sebagai apa yang diluahkan oleh seorang wanita/perempuan/gadis tapi tak termaktub pada satu jenis sahaja. jenis ini aku rujuk sebagai ideologi, pemahaman, kepercayaan, social circle dan sebagainya. sebab setiap penulis sampaikan apa yang dia rasa dari pelbagai sudut dan perspektif. oh ya, bukan semua penulis dalam buku ni ialah wanita/perempuan/gadis. sila percaya.

Tanpa sedar, melalui pembacaan sehingga ke akhir perkataan dalam artikel terakhir, akan ada respon mengangguk kepala tanda setuju sebab apa yang dipersembahkan juga sebenarnya banyak bermain dalam kepala otak seorang wanita/perempuan/gadis. ok, nampak sangat kaum hawa ni banyak pikir!

Syukur!aku tak nampak typo sepanjang pembacaan (atau aku mungkin dah kelabu sebab banyak sangat huruf?). cumanya, aku agak terganggu dengan kata-kata yang digunakan terutamanya yang ada kosa kata Indonesia (mungkin ni juga didorong oleh situasi yang tak kena aku baca buku ni). 

Jadi, antara artikel yang aku suka dan aku sangat galakkan untuk dibaca ialah Bodoh, Ema, Budaya Ladies First, Tiga-dalam-satu, Aku Mahu Jadi Kekasihnya dan Akulah Si Anarkis Kota itu!

Jadi, selamat membaca!

p/s :
1. sebab tema mudah, kebanyakan artikel tak berapa lekat kat dalam hati.
2. subjek ialah dari wanita/perempuan/gadis hingga "wanita/perempuan/gadis".
3. artikel pertama boleh bagi head ache.
4. terima kasih kepada orang yang rekemenkan buku ni.sayang kau ketat-ketat!

1 comment:

shandye. said...

aku suka sajak2nya saja.
makan dalam hoke.

=)

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords