Tuesday, September 4, 2012

BULATAN YANG TERLEKUK


Terima kasih uncle google.


Zine pertama yang aku baca setelah pulang ke pulau. *big sigh*

Bulatan Yang Terlekuk (BYT) karya Luc Abdullah, salah seorang penulis kegemaran aku.

Aku kira, BYT merupakan masterpice Luc yang paling baik bagi aku. cerita yang ada di dalamnya cukup-cukup berkisar dengan keadaan sekeliling. tema dan genre yang tidak ditumpukan pada satu perkara membolehkan pembaca menyusuri beberapa hal dalam hidup, juga menyebabkan pembaca membuat aktiviti berfikir sejenak. penggunaan bahasa yang biasa-biasa, iaitu tidak berbunga atau terlalu saintifik membolehkan aku baca dengan lancar dan proses isi cerita dengan mudah. aku kira BYT dah serupa macam diari peribadi Luc (mungkin benar, sebab dinyatakan "...menghampiri peribadi.." di ruangan yang orang skip nak baca), seolah-olah Luc tengah bercerita kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya. banyak cerita yang aku suka, antaranya ialah :

1. cerita pasal bagaimana orang yang lebih baik atau lebih mulia? muslim yang tidak makan babi tetapi minum arak atau orang yang menjual babi tetapi menyediakan tempat makanan untuk kucing2 liar walaupun makanan yang dihidang itu ialah sisa babi? atau lelaki yang sedang melakukan proses henjutan bersama awek bertudung litup di atas kerusi di taman yang menyepak anjing kotor yang telah bergesel di kakinya sambil mengeluh (atau lebih tepat marah) kakinya perlu disamak dek geselan anjing kotor itu?

2. cerita mengenai bagaimana satu cerita watak antogonis disampaikan dari satu mulut ke satu telinga tanpa si penerima cerita itu menggunakan telinganya yang satu lagi untuk membuat timbang-tara adakah apa yang diceritakan itu benar atau sekurang-kurangnya tahu punca sebenar sambil cerita itu semakin lama semakin diluaskan penyampaiannya dari satu pemilik telinga ke pemilik telinga yang tidak menggunakan telinganya yang satu lagi.

3. cerita mengenai bagaimana seorang pengembara melihat apa yang disediakan oleh tempat-tempat yang telah kakinya sampai. baca travelog yang satu ni buat kau mahu menjelajah!

oh ya, aku tak tau tajuk cerita-cerita di atas, sama ada aku yang tak reti membaca atau Luc memang sengaja untuk menyusahkan sang pembaca untuk mengetahui tajuknya.

1 comment:

Unknown said...

ok, pasti akan mendapatkannya nnt

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords