Sunday, October 21, 2012

HACHIKO



OK! filem ni filem lama. ya, filem lama. dan saya baru tonton filem ni beberapa minit sebelum saya menulis Sudut Mata Saya mengenai filem ini. dan ya, bermulanya saya dengan tulisan ni juga ditemani oleh dengan musik latar filem ni.

Hachiko merupakan satu filem autobigrafi seekor anjing jenis Akita. ya, seekor anjing. Kenapa autobigrafi? ok, mohon jangan tanya soalan ni, aku lempang berdas-das kejap lagi. 

Filem dimulakan dengan pertemuan Hachi dan Parker di sebuah stesyen kereta api yang dinamakan Bedridge Station. Hachi pada ketika itu masih muda lagi, masih kecil. Pada awal cerita, Parker mendapat tentangan daripada isterinya untuk membela Hachi dan akhirnya isterinya akur setelah melihat keakraban Parker-Hachi.

Cerita diteruskan lagi dengan kisah rutin Parker dalam menjalankan urusan sehari-hari disertai dengan kesetiaan Hachi menghantar Parker ke tempat kerja dan menjadi orang pertama yang menyambutnya pulang ke rumah. 

Hubungan Parker-Hachi seolah-olah mempunyai satu hubungan perasaan yang halus sehinggakan Hachi mempunyai perasaan kurang selamat apabila melihat Parker bersama dengan ahli keluarganya. tetapi dapat dilihat Hachi juga berusaha untuk memahami bahawa Parker juga mempunyai orang lain selain dirinya sendiri.

Cerita mencapai klimaks apabila Parker tidak pulang dari kerja pada satu hari atas musibah yang berlaku. Hal ini menyebabkan berlaku perubahan 360 darjah terhadap kehidupan ahli keluarga Parker yang lain dan juga Hachi sendiri. Kesetiaan Hachi terhadap Parker menyebabkan penonton akan melihat babak-babak Hachi menunggu Parker di Bedridge Station setiap hari.

Kesetiaan membatasi segalanya. walaupun Andy telah mengambil tugas menjaga Hachi, namun Andy akhirnya akur dengan kemahuan Hachi yang tetap dan ingin terus menunggu Parker. Hari berganti hari, minggu digantikan dengan minggu yang lain, tahun terus berganti tahun, perasaan rindu Hachi dan setianya Haci terhadap Parker tidak menyebabkan Hachi yang dah beruban untuk terus menantikan kepulangan Parker. penantian diteruskan sehingga saat nafas pergi meninggalkan badan........

Plot cerita ni sebenarnya agak perlahan. bagi orang yg agak lasak sifatnya akan mengalami kebosanan pada awal cerita. tapi, pengarah berjaya membuang kebosanan itu dengan menggantikannnya dengan sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Parker dan Hachi. Sifat setia Hachi akan buat penonton tergamam, yang mana manusia sendiri tidak mampu menjadi sesetia Hachi. aku, mengalami turut naik perasaan masa tengok cerita ni,agak geram dengan perlakuan Hachi semasa babak-babak pertama hubungannya dengan Parker. jadi makin geram bila aku rasa macam takde siapa yang nak fahamkan Hachi mengenai status terkini Parker. tapi rasa geram dibawa pergi apabila Andy akur untuk lepaskan Hachi, ditambahkan lagi dengan pertemuan Ken dengan Hachi yang seolah-olah menjadi Parker kedua. percayalah, setiap kali semua orang cuba memberitahu Hachi mengenai Ken, aku meremang bulu roma tiap kali mata Hachi berbicara.

Hachi mampu membuatkan anda mengalirkan air mata kerana Hachi dengan jujur menunjukkan rasanya.  

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords