Monday, August 13, 2012

Sijil Pelajaran Kerat 2012


Terima kasih pak cik Google!


Review datang lagi! setelah sekian lama dan beberapa ketika, keupayaan menangkis sifat malas dimulakan dengan review sebuah zine. buat pertama kalinya aku nak review zine (sebenarnya,ada dua zine sebelum ni aku nak review tapi dah nama pun malas kan?review simpan dalam hati je la). seperti yang telah dilihat (atau erti kata lain di-zoom-kan) zine pertama dalam blog ini ialah Sijil Pelajaran Kerat 2012 (SPK2012) terbitan Kerat Studio. zine ciptaan lima penulis, iaitu faiz syahmi, zoul yazix, khairul hisyam, LA dan NNN, aku ulas dalam bentuk numbering je.

Walau kertas soalan ini mencatatkan peruntukan masa bagi semua calon untuk menjawab kesemua soalan ialah sehari setengah, tapi aku (seperti sedia maklum,seorang pelajar yang malas study dan gagal dalam pelajaran) dapat menghabiskan kesemua soalan dalam beberapa jam. hahaha.. tapi!

1. semua soalan yang dikemukakan bukanlah semudah yang disangka. walaupun soalan diajukan disertakan sekali dengan jawapan multipilihan (multiple choice), tapi ada juga soalan yang perlu dijawab menggunakan keupayaan calon untuk menyusun aksara membentuk kata, mencantumkan kata membentuk ayat, menggabungkan ayat membentuk satu wacana yang sekali gus punyai makna agar mudah pemeriksa untuk memeriksa jawapan calon.

2. penyeksaan menjawab soalan dimulakan dengan soalan pertama. penyeksaan di sini memaksa dengan keras segala urat saraf mata dan otak calon dalam menghadam penyataan dan soalan yang dah macam esei pendek satu muka surat. soalan yang panjang lebar memkasa calon untuk fokus lebih sekali gus menyebabkan calon mengerut tanpa henti.

3. jawapan yang diberi penyedia soalan sangat tricky. tricky di sini bermaksud, setiap jawapan yang diberi dan mana-mana pilihan jawapan yang diambil calon, tanpa sedar, menggambarkan ciri-ciri calon sendiri. senang cakap, jawapan tu cermin untuk refleks diri calon.

4. selain itu, jawapan-jawapan yang ada, mengundang anda membuat dosa terutamanya jika calon menjawab soalan pada siang hari puasa (yakni boleh mengurangkan pahala puasa) kerana keupayaan penyedia soalan untuk membuat calon mencarut dengan sesuka hati walaupun dengan carutan mudah seperti "fuck".

5. dalam masa yang sama, selain calon mencarut sesuka hati ketika menjawab kesemua 60 soalan, calon juga mungkin mengalami tanda-tanda kurang siuman kerana setelah melakukan carutan kecil, calon akan gelak seorang diri (oh ya!ini memang tanda normal seorang calon peperiksaan).

6. kalau calon fokus lebih, calon berupaya menggabungkan beberapa soalan dari soalan-soalan yang diberi menjadi satu soalan panjang serupa esei pendek satu muka surat sebab penyedia soalan bagi soalan yang berkaitan (ini aku panggil soalan matematik tapi dalam bentuk bebas formula).

7. selepas menjawab semua soalan, calon dinasihatkan tidur kerana selepas itu, calon akan berasa lega dan tenang selepas menjawab soalan-soalan gila.kehkehkehekh...

akhir sekali, semoga berjaya menjawab soalan!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords