ku tak bisa..
jauh....
jauh....
darimu...
ku tak bisa..
jauh...
jauh...
darimu...
tapi ku sedar akan hakikat itu.
perkenalan ini bukan selamanya.
aku harus melangkah pergi.
supaya hati tak terus dihirisi,
dek keengganan memahami realiti.
ku tak bisa..
jauh...
jauh...
darimu...
ku tak bisa..
jauh...
jauh...
darimu...
ya,hatiku padamu.
tapi aku sedar akan hakikat itu,
kau bukan milikku.
hatimu pada sang puteri,
penyeri hati,
penerang hidup,
pelengkap warna pelangi.
demi babak seterusnya,
ku mohon pada Yang Esa,
benarkanlah aku berpaling sepenuhnya,
walau hati membentak menafikannya,
sekalipun mata mahu menatap,
bibir mahu merasa,
badan yang mahu mendakap.
izinkanlah,
tapak menentu langkah,
sayap menentu arah.
tatkala mata mengharap,
sambil hati inginkan belas.
No comments:
Post a Comment