Wednesday, April 11, 2012

7 petala cinta


ambil dari sinema malaysia


Cerita yang berlatartempatkan Madrasah Qal Bunsalim, kisah berkenaan seorang gadis bernama Saidatul Nafisa dan Attar,santri yang telah tinggal di madrasah tersebut setelah dijumpai oleh Abi Ikhwan. Cerita dimulakan dengan Saidatul telah ditunangkan dengan Hamka. Hamka ke Yaman untuk sambung belajar,tapi dikatakan telah meninggal dunia akibat satu letupan yang dilakukan oleh pemberontak di sana.

Attar yang memang dah ada perasaan kat Saidatul,telah dijodohkan dengan Saidatul oleh Abi Ikhwan. Namun,atas sebab kelurusan Attar,dia telah diperangkap oleh Nida,pelacur yang juga anak sedara Naufal,ketua kumpulan perompak yang pernah Attar join dulu.

Atas sebab tu,Saidatul telah menghina Attar dan memutuskan pertunangan mereka serta Abi Ikhwan buang Attar dari madrasah tanpa pertimbangan yang adil. Nida yg rasa bersalah,menceritakan hal sebenar,dan Naufal telah menikam Attar semasa mereka terserempak. Akhirnya, Attar dibawa pulang ke madrasah dan berkahwin dengan Saidatul Nafisa.

respon saya :

cerita dimulakan di kawasan madrasah,bagi sesiapa yang tak penah ke pondok (seperti saya) pasti akan tertanya-tanya kat mana tempat tu. cerita ni bagi saya banyak benda yang tak patut ada. pertama, Attar yg sanggup masuk ke tempat pelacuran semata-mata nak dapatkan semula serban yg telah diberikan oleh Abi Ikhwan, sedangkan dia tau tempat tu akan menimbulkan fitnah. Kesanggupan Attar untuk mendapatkan semula serban tu nampak merepek walau mgkn bagi dia serban tu punya nilai sentimental yg tinggi. kedua, rasanya tak perlu ada babak Hilma yang sukakan Attar,babak tu hanya nak panjangkan masa. Sama juga,dengan Hamka yang tiba-tiba muncul pada waktu pernikahan Attar,konon nak bagi babak saspen atau keraguan kepada Saidatul,tapi akhirnya Saidatul dan Attar nikah juga.Babak ni saya panggil klise,sebab dah banyak sangat dalam cerita-cerita melayu skang.

watak Saidatul Nafisa saya rasa hanya tahu menangis je,walaupun dia ialah heroin dlm cerita tapi kalau takde pun takpe,sebab tak banyak bagi impak pada cerita.babak menangis yang banyak,sebenarnya tak memberi impak sedih tapi membosankan.

tapi saya suka babak Saidatul hina Attar sewaktu Attar ditangkap basah dengan Nida oleh Abi Ikhwan dan lain-lain. kat sini jelas menunjukkan, walau betapa tingginya ilmu agama dalam diri seseorang tapi untuk menghina orang,tak perlu ambil masa,dengan mudah Saidatul hina Attar yang bagi saya pada waktu itu saya rasa Saidatul meletakkan dirinya di tempat yang paling baik dan lagi baik dari Attar.

cukup rasanya respon saya.kepada anda yang belum menonton,selamat menonton!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords