Selesai sudah settle-kan novel keluar fixi terakhir aku yang bertajuk TABU karya Shaz Johar. aku berjaya menghabiskannya dalam tempoh kurang 12 jam! *tepuk tangan hehe..
TABU, kisah big beautiful lady bernama Bibi yg menjalani hidup di kota seperti yg lainnya yg dipenuhi dengan dilema wanita gemuk. tp mempunyai kekasih yg berasal dr negara awang hitam. Bibi bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (atau lbh tepat yg jawab call customer) di syarikat yg sama dengan sahabat baiknya, Kim.
Hidup Bibi berjalan seperti biasa tapi berubah sikit demi sikit apabila dia mula kesan ada benda tak kena dengan boyfie-nya, atau lebih tepat lagi dia rasa boyfie dia curang, dengan rakan pejabatnya, selain mula kerap berhubungan dengan pemilik telefon bimbit yg dijumpainya dalam lrt.
Kematian Kim, membuatkan Bibi lebih curiga terhadap si boyfie. penyiasatan yg dilakukan sendirinya mendedahkan dia dengan kebenaran yg lebih sadis lagi.
jujur, TABU tidak seinzal KOUGAR. ceritanya bagi aku,biasa-biasa saja. kurang jiwa dalam TABU persembahan Shaz Johar kali ini. sedikit kecewa sebenarnya sebab aku tahu penulis boleh buat dengan lebih baik lagi. namun, kesdihan aku sedikit terubat dengan penutup cerita. Shaz sengaja membiarkan pembaca berasa kecewa kerana tiada happy ending dan sedikit puzzling apa yg berlaku pada Bibi dan Nadim pada hujungnya. memang jadi kegemaran aku membaca novel dengan penghabisannya sebegini rupa.
maka, love is not about shape because love is not occupies the shape but completes the soul.
2 comments:
tenkiu... saya akan cube buat dgn lebih baik...
aku dari awal2 lagi memang suspek dengan si mosi tu.
suspicious semacam je watak dia.
huhu...
Post a Comment