Wednesday, April 11, 2012

KOPI


ambil dari buku fixi


Satu lagi buku keluaran fixi, KOPI,koleksi cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis buku fixi dan juga pemenang pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh pihak fixi (betulkan kalau aku silap). 

Kopi yang sedia ada dalam masyarakat melayu,ada dua. satu kopi susu iaitu kopi hitam yang dicampurkan dengan susu pekat. dua, kopi o, iaitu kopi hitam pekat pekat pahit-pahit manis. dalam masyarakat orang putih, kopi juga banyak jenisnya. ada latte, ada cappucino, ada mocha dan juga ada espresso. kepelbagaian kopi yang ada ni aku kiaskan dengan pelbagai cerpen yang ada dalam buku kali ni. disebabkan aku lebih sukakan kopi o hitam pekat pahit-pahit manis dan juga cappucino,maka, bukan semua cerpen yang ada berjaya menarik perhatian aku. tiga cerpen pertama (maaf,aku mmg gagal dlm menghafal tajuk ni) agak membosankan. tapi cerpen ritual tulisan luc abdullah, tidak mengecewakan. unsur triller dalam tulisannya buat aku tersenyum. begitu juga cerpen tulisan shandye.

sebenarnya, memandangkan kulit hadapan,aku ada satu harapan,iaitu unsur yang terdapat dalam kopi diserapkan ke dalam cerpen tapi kebanyakkan cerpen hanya meletakkan kopi sebagai satu bentuk minuman, atau lebih tepat lagi seperti ini "kopi panas dihirup perlahan.." , "sambil menikmati hidangan kopi..." (yang ni aku bagi situasi sendiri sebab yang aku ingat lebih kurang camnilah kehadiran kopi dalam cerpen yang ada). aku mengharapkan,penulis cerita pasal rasa kopi itu sendiri,bagaimana rasa itu di-relate-kan dengan cerita yang ada.

tapi, dengan membaca kopi, cukup menaikkan nafsu untuk aku mencari-cari kopi setiap hari. dan kesannya,hingga sekarang. bahan yang positif aku rasa.

bentuk fizikal KOPI,antara yang paling aku suka. kecil dan kompak. kulit hadapan yang bagi aku memberi keriangan dan nampak meriah. ya,kalau tak sibuk,dalam dua jam KOPI boleh dihabiskan pembacaanya. kalau tak sibuk...

p/s : nak best lagi,baca kopi sambil menikmati kopi. hahaha!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords