ambil dari FIXI
Akhirnya! dapat juga aku memiliki dan menghabiskan menelaah CEKIK, novel pertama keluaran FIXI (kalau tak silap). aku tak rasa aku boleh komen banyak pasal novel yg satu. sebab bagaikan ada satu proses campur baur lepas abis menelaah CEKIK.
apa yg aku boleh simpulkan, Ridhwan memang gila! penulisannya yg gila membuatkan aku mencungap membacanya, urut dada supaya dpt bernafas semula walaupun aku dapat habiskan dalam masa sehari.
kisah diliwat bapa sendiri dan melakukan seks dengan ibu sendiri sarat dengan analogi dan fakta seni bina (Ridhwan dulu dlm bidang seni bina) buatkan aku gelar novel ni, novel berfakta.
cara Ridhwan senang, direct to the point! buat aku ternganga kejap bila dia gambarkan situasi liwat dan seks. tak perlu guna kosa kata lembut untuk gambarkan organ terlibat dan cara yang digunakan. memang buat aku berhenti kekejutan beberapa kali.
tapi perwatakan si bapa yg alim tp nafsu yg besar itu buat aku lagi suka dengan novel ni. bukan pasal nafsunya ok! tapi pasal mesej yg nak disampaikan melalui si bapa ni. sikapnya yang.. bodoh (mungkin) buat aku terfikir ada juga bapa yang melayan anaknya sebegitu rupa (bukan pasal hal liwat saja tp hal mengurung anak di dalam rumah, tak hantar ank ke sekolah dan lain2) dan bagaimana si anak membesar dan membentuk kesimpulan sendiri terhadap dunianya melalui pengamatan mata sahaja.
apa yg aku boleh cakap, Ridhwan memang gila!
sekian...
No comments:
Post a Comment