Akhirnya! dapat juga aku memiliki dan menelaah sampai habis antara buku terakhir terbitan Fixi tahun 2011 lepas. Entah kenapa, dari dulu lagi, aku cukup gemar menatap kulit buku fixi yang satu ni (mungkin kerana warna biru itu,biru kan kegemaran aku!) hehe..
Well,seperti biasa aku baca sinopsis belakang buku dulu. kemudian,pembacaan bermula!
Nadia Khan sama seperti dalam cerpennya dalam FUTURA, bersifat santai dan bersahaja. bahasanya yang digunakan mudah, dan pencampuran kod bahasa melambangkan sifat urban dan sistem komunikasi biasa dalam kehidupan Amir-Amira. as simple as that, aku selesa membaca Kelabu.
Kelabu, satu kisah Amir-Amira yang dimulakan dengan titik tolak hubungannya dengan seorang gadis bernama Jun. seterusnya, plot dipaparkan dengan perkembangan hubungan Amir-Amira-Jun, Amir-Amira-Rizwan dan Amir-Amira-Shah.
satu pengkisahan yang ringkas ini dapat perhatian aku apabila Nadia Khan memaparkan betapa rapat, akrab dan eratnya hubungan Amir-Amira dengan bapanya, Rizwan dan hubungan Amir-Amira dengan sahabat baiknya Shah. boleh aku katakan, keakraban ini bukan senang untuk diperoleh apatah lagi dengan turun naiknya hidup Amir-Amira sebelum menjadi seorang freelance photgrapher.
namun, kesenangan hidup tidak kekal. satu demi satu kisah dibuka sehingga berlaku sedikit kepincangan dalam hidup yang memaksa Amir-Amira memikirkan semula tujuan hidupnya.
apa yang lagi best, isu yang cuba dibangkitkan Nadia Khan melalui Kelabu sangat tepat dengan apa yang berlaku dalam negara sepanjang tahun 2011. cinta menjadi tema kali ini, santai dan bersahaja menjadikan aku rasa ada variasi dalam penerbitan novel Fixi yang muda ni (aku kata muda sebab Kelabu antara buku terakhir yang diterbitkan Fixi tahun lepas). tapi, ya.. ada tapinya.. sesantai plotnya, adakala buat aku menguap beberapa kali untuk meneruskan pembacaan. ada sedikit kebosanan bila aku rasa situasi mendatar itu terlalu panjang sampai terdetik dalam hati "aku mahukan saspen!"
tapi! ya.. ada tapi lagi.. penamat cerita bukanlah seperti yang disangka. disangka ini bukan bermakna, yang jahat kekal jahat atau yang jahat telah berubah menjadi baik (walaupun sebenarnya Amir-Amira telah bertukar ke cara yang positif tapi itu bukan penghujungnya) tapi Nadia Khan sengaja membiarkan tergantung dan membuat pembaca berteka-teki siapakah sebenarnya yang datang ke rumah Amir-Amira dan memberi senyuman kegembiraan kepadanya. *tepuk tangan! (aku cakap tepuk tangan sebab Nadia Khan berjaya buat aku bagai nak giler pikir siapakah orang itu.gila tak aku?kehkeh..)
untuk itu, bagi sesiapa yang baru nak baca, nasihat aku..
1. tak payah sinopsis. kalau nak baca gak, kena buat critical thinking jap untuk duga apa ceritanya.
2. tafsir kulit muka Kelabu, sebab cover tu dah ceritakan segalanya apa yang kelabunya dengan Kelabu ni.
* aku bangga bila nama aku sama dengan Nadia Khan kecuali part Khan tu.. hehe..
No comments:
Post a Comment