Friday, February 10, 2012

HERO



Ye! ada buku yg baru habis dibaca! hehe.. (ecxited!) buku yg aku baru beli di Frinjan menggunakan baucer yg telah diberi oleh kerajaan yg prihatin (lalalalala..) terima kasih ats pemberian baucer yg memampukan aku memborong buku Lejen Press sesakan-sakannya. hehe..

HERO, satu lg buku terbitan Lejen Press merupakan kompilasi lima buah cerpen garapan orang-orang lejen.. (aku cakap lejen,sebab penerbitnya Lejen Press..LOL) lima cerpen tulisan Brader Leplep, Lord Zara, Bozu, Fikir Misti dan Shahir ini memaparkan cerita seseorang itu menjadi hero dalam kisahnya yg tersendiri. tidak perlu menjadi superman, spiderman mahupun cicakman, hero menyajikan kisah adiwira dgn cerita yg berbeza, rupanya yg tak sama dan acuan yg berlainan. jadi, ada sedikit ulasan berbeza mengikut ceritera yg ada.

DUA JALAN DI KUALA LUMPUR : kisah dua sahabat baik yg berjanji ingin mengubah hidup guna jalan yg tak sama.seorang mahu kekalkan cara kampungnya dan seorang lg mahu ikut acuan bandar yg akhirnya melihat salah seorang drpd mereka tersungkur dek cubaan dunia. tp yg sedihnya,aku sedikit kecewa dgn shahir sbb kisah ini terlalu pendek,mungkin sesuai dipanggil cerkot (cerita kontot). terlalu pendek smpi aku tak blh rasa jiwa hero dlm cerita yg satu ni.

BANDAR SERI KORUPSI : kisah seorang lelaki yg mahu kekal muda sehingga sanggup melakukan kekejaman dan kisah seorang lelaki yg agak lurus bendul yg akhirnya menjadi bahan uji kaji selain kisah seorang pekerja yg diarah utk melakukan siasatan ats kemusnahan yg berlaku. penulisan yg tidak begitu terperinci tp masih mampu menerapkan rasa hero itu. dgn teknik flash back dan berlatamasakan berpuluh tahun di masa depan membuatkan aku kagum dgn bayangan penulis terhadap negara2 penuh teknologi. kadang2 aku terasa cm cerita hulk bila membacanya.

HERO YANG PALING HERO : seorang anak muda yg mengorbankan diri dr menyelamatkan tanah tumpah darahnya dr diserang alien dan UFOnya. tulisan yg membuatkan aku tak berenti senyum dan ketawa bahak2 tika membacanya. penulisan yg easy dan tersangat memaparkan ciri-ciri asli yg terdapat pd penulis iaitu membenci MU, tak suka durian dan sentiasa perasan lejen dan berlagak hero membuatkan aku tahu bahawa penulis lebih suka terapkan pengalaman sendiri dlm penulisan fiksinya. tp kadang2, cerita ni aku anggap mcm baca zombijaya versi ringkas pun ada.

OBLIGATO : Bozu menulis mengenai seorang artis yg lupa daratan sehingga telah dipulaukan oleh teman seperjuangan dan peminat-peminatnya. pulang ke kampung kerana tak tahan malu. cerita yg agak tipikal tp berunsur hero apabila watak utamanya sanggup memohon maaf ats kesilapan yg telah berlaku. juga diselitkan unsur keagamaan dan kemanusiaan tp dlm jumlah yg minima.

NUANSA ATMA ADIWIRA : kisah seorang lelaki yg mengharungi hidupnya dgn trauma masa lalu.namun, dlm masa yg sama mencari cinta utk menyinari semula hidupnya. gaya hero diterapkan dgn cara watak2 dlm cerpen yg cuba mengatasi babak hitam dlm hidup mereka. jujur, cerpen yg satu ni buat aku banyak berhenti drpd terus membaca. sebab? sebab bahasanya puitis dan kadang2 ketidaksampaian otak aku utk memahami cerita ini. tp keindahan olahan cerita buat aku senang tatkala mencerna huruf-huruf yg ada.

keseluruhannya, kompilasi lima buah kisah berlainan tidaklah begitu mengujakan tp cukup dengan kesan yg melekat dihati. cerita yg ringkas tp mesej itu sampai. bahasanya yg digunakan tidak terlalu meleweh dan mudah utk kita faham. cuma, terlalu byk flash back juga agk membosankan.

selamat membaca bagi siapa-siapa yg belum mebaca HERO!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords