Tuesday, January 3, 2012

sedarlah wahai diri


bila sesuatu dekat di hati,
sebenarnya jauh berlalu pergi,
aku hidip seperti mati,
mati aku digantung ditali.

hati sakit berdarah kembali,
berdarah atas kesilapan sendiri,
yang tak reti sedar diri,
juga tidak mahu berpijak di bumi.

sedarlah wahai diri,
cukuplah kau menangisi,
demi dia yang tak menghargai.

sedarlah wahai diri,
ada benda lain yang menanti,
cukuplah di sini,
kau menyakiti hati sendiri.

kau menangis lagi,
kalah atas sikap sendiri,
yang tak reti nak sedar realiti,
tapi lebih rela hidup berfantasi.

cukuplah air mata,
dari terus melimpah,
biarlah hati berduka,
demi masa depan yang mungkin cerah.

sedarlah wahai diri,
kerana kau bukan dalam hidupnya kini,
binalah hidup sendiri,
agar cahaya terus menyinari.

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords