Sunday, January 1, 2012

FUTURA #1


Assalamualaikum dan hye!

pembacaan paling lates aku, ialah FUTURA koleksi cerpen penulis2 buku fixi. tapi tak semua penulis yg join projek kali ni. enam orang je. cerpen berkenaan bagaimana keadaan Malaysia dan penduduknya 50 tahun dr skang atau lebih tepat lagi pd thn 2061 (FUTURA ni bermula pd Disember 2011). so, this is my simple review for all short strories.




MUSLIM 2061 - Shaz Johar


garapan kali ini sesuai dan seiring dgn tema FUTURA, pandangan masa depan berkenaan kebimbangan masa kini. Shaz kali ini berjaya membawa situasi pro dan kontra bagi kita,penganut Islam yang jalankan hukum agama tanpa memahaminya. dan aku suka part menggunakan agama utk merampas kembali kuasa politik. ya,aku suka tu sebab bila agama mejadi sandaran politik kpd org yg gilakan agama tnpa memahaminya, tindakan kurang rasional lebih dahulu dilakukan berbanding memikirkan timbang tara perikemanusiaan. itulah yg berlaku pd kerajaan pd tahun 2061. bagi serbanitas yg nak baca tulisan ni, tolong jangan narrow minded sangat.

DI BAWAH KOMET HALLEY - Adib Zaini


pada 2061, digambarkan sebagai dgn Malaysia ketika itu mengalami kemajuan teknologi yg hebat, spt yg digambarkan Dr. Mahathir mengenani kemajuan Malaysia pd tahun 2020, mungkin 2061 versi Adib lebih hebat. menariknya, kemajuan teknologi tidak menghalang orang2 seperti Ali utk bersikap lebih konservatif tnpa mengganggu sifat kertebukaan orang lain spt tunangnya,Odessa dlm menikmati kehidupan yg lebih moden. aku suka pendekatan Adib yg menggunakan Putrajaya sbg latar belakang utama, mungkin nak menunjukkan bagaimana Malaysia ke hadapan dgn teknologi yg lebih bagus, populasi manusia yg semakin meninggi dan perubahan fungsi Putrajaya pd waktu itu. (sebenarnya,aku agak bosan kalau tempat2 cm Shah Alam, PJ, Subang Jaya dijadikan latar) bagi aku, kerajaan boleh gunakan bayangan Adib utk menjadikan Putrajaya dlm keadaan yg lebih hidup berbanding sikat matinya Putrajaya sekarang ni.

PUNCAK - Khairulnizam Bakeri


usai aku baca coretan Nizam kali ini, aku senyum sinis. Nizam tak guna gambaran yg terlalu jauh utk membayangkan bagaimana berubahnya Malaysia 2061. hanya dengan perubahan sedikit dlm isu politik, kuasa pemerintahan telah beralih arah pd Pakatan Jelata dr tangan Barisan Negara. just as simple as that! masih tidak mengecewakan aku, Nizam menggambarkan bagaimana tatacara orang politik itu tidak pernah berubah semata-mata atas nama kuasa,walaupun waktu ketika itu sudah tahun 2061!

GABUNG KAIT - Saifullizan Tahir

masuk muka surat kedua aku membaca, dahi berkerut seribu. masuk muka surat keenam, aku cakap "gila!" jujur, aku sukar memahami apa yg nak disampaikan oleh Saiful kali ini. tapi aku cuba cernakan juga apa yg dibaca,cuba juga utk aku tafsir sendiri apa yg dilihat. jadi, apa yg aku faham dr pembacaan kali ini, aku andaikan Saiful secara simbolik ingin membayangkan sifat manusia yg sombong dan sukar menerima pembaharuan. sifat manusia yg angkuh atas takhta "manusia itu lebih mulia.." membuatkan manusia pd zaman itu sukar menerima kewujudan makhluk baru hasil dr ciptaan manusia sendiri melalui teknologi yg tinggi (mungkin). selebihnya? anda tafsirkan sendiri...

PWTC - Nadia Khan


bila aku klik, keluar satu gambar. sama ada memang begitu atau aku yg bermasalah. sampai aku terpaksa tweet pihak fixi tanya camne nak baca cerpen yg satu ni. oh!dah ghope cari harta karun nak baca cerpen yg satu ni. aku suke citer yg satu ni, dilema orang yg nak buat baik tp buat benda salah. dilema dia tau dia nak benda salah tu tp dalam masa yg sama dia nak buat benda baik. dilema dia tau benda yg dia buat tu salah dan melanggar sifat semula jadi hidup. isu hak kemanusiaan yg pd hakikat salah tp atas sebab mahu memuaskan kehendak hati manusia,yg salah dikatakan betul. dilema itu..yg aku suka..

10 BULAN SEBELUM MISI KE MARIKH - Dayang Noor


tulisan Dayang lebih santai.menceritakan perihal doktor yg ingin ke Marikh ats dasar bosan tinggal atas di muka bumi. masih mengekalkan suasana Malaysia yg futuristik, Dr.Khai dikatakan sebatang kara dan tinggal bersama mayat atuknya. namun, tetap dengan konsep "kebimbangan masa kini" kesan2 masa depan atas kesalahan sosial yg kita lakukan kini digambarkan Dayang dengan cara mudah spt udara tercemar dgn karbon diksida yg byk. mungkin sebab ini Dr.Khai digambarkan sbg seorang pemalas.ya,dia sgt pemalas..


cerpen yg dihasilkan sgt bagus! ciri2 fixi dikekalkan dlm cerpen kali ni. tulisan yg berjaya dpt tempat dlm hati aku kali ni ialah cerpen Adib Zaini. aku tak tau berapa FUTURA ni akan berada di atas talian, mungkin akan dipadam, mungkin juga tidak. aku harap pihak fixi boleh teruskan projek ni. paling best, dapat dibukukan koleksi cerpen penulis2 under buku fixi. anyway, aku saran korang2 bc cerpen2 FUTURA ni.

bye!

1 comment:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords