Saturday, July 16, 2011

PECAH


terima kasih Buku Fixi

Assalamualaikum dan hye kawan2!

aku baru abis telaah satu lagi buku keluaran Buku Fixi bertajuk pecah karya @nizambakeri yang juga seorang blogger. apa blog dia? sila google, aku malas nak suap korang hari ni. memandangkan aku dah abis baca, maka, aku nak wat sket review.

Sinopsis belakang buku :

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar-sang penghuni dimamah dosa-tiba tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya-sang jururawat dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kenyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

Lepas abis baca, PECAH ni apa citer sebenarnya?

Semua watak adalah saling berkait. dikaitkan dengan sejarah silam. sejarah silam yang membawa dendam, dileraikan dengan terbalasnya rasa amarah. citer yang dimulakan dengan kejadian rompakan bermotifkan sejarah hitam dan pencarian amanah oleh seseorang. diakhiri dengan penyiasatan polis yang hampir buntu tapi akhirnya tertipu oleh perancang yang tidak terburu-buru. Herman puas dengan Kazim ditangkap polis atas tuduhan merancang rompakan bank, tempat kerjanya sendiri. Lidya akhirnya menemui neneknya setelah peti simpanan Bakar dibuka. Bakar seksa menerima azab hasil kelakuan di zaman gelap.

Menarik tak buku ni?

Sangat menarik!

Kenapa?

1. teknik penceritaan.
nizam tak bagi pembaca senang2 hadam citer-nya. bab demi bab, dimulakan dengan cerita watak yang berbeza. bab demi bab juga bukan sahaja cerita masa kini tapi ada juga dimulakan dengan imbas kembali. memaksa pembaca susun semula satu demi satu bab. 

2. plot.
banyak debarnya. tapi debaran dapat dirasai pada bahagian penyiasatan Inspektor Paul berkenaan rompakan CIMB Shah Alam. begitu juga waktu Herman mengkantoikan Ida-Kazim. citer silam Bakar yang dirungkai juga turut main peranan penting dalam plot. jantung gerak laju bila baca babak ni. peleraian diluar jangkaan otak!

3. emosi.
adunan emosi terbaik! amarah pada sikap Bakar yang macam sial. gelabah apabila penyiasatan polis hampir menemui penyelesaian. sayu, terharu meilhat hubungan ayah dan anaknya, hubungan seorang jururawat bersama pesakitnya.

4. kosa kata.
hampir sama dengan novel tipikal. tapi tidak berbunga! rencah kosa kata mampu buat pembaca terpana seketika. sebab ada kosa kata baru. yang jarang dan tak pernah dibaca. buat pembaca kadang2 terfikir apa maksudnya. penggunaan bahasa juga buat citer nampak real.

ok! mana kurangnya buku ni?

pengakhiran watak yang kurang memuaskan. lagi2 watak Ida yang curang dengan Herman. nizam matikan terus watak Ida masa dia kantoi menyulam nafsu asmara di atas kamar empuk. memandangkan plot banyak guna imbas kembali, usaha melepaskan Alan dari pantauan polis dan mendapatkan wang rompakan kurang diperincikan. mungkin nizam nak gambar Herman ni seorang wise dalam buat planning seiring dengan kerja utamanya sebagai peguam yang memerlukan dia guna otak sekuat-kuatnya. 

Antara watak penting :

Herman. seorang peguam. mastermind dalam merancang rompakan bank dan memerangkap Kazim. ayah yang sangat sayangkan anak dia. suami malang sebab isteri curang. kekasih Lidya.

Lidya. kekasih Herman. jururawat yang bekerja di Rumah Seri Memori. cucu kepada Bakar. co-mastermind dalam rancangan rompakan.

Bakar. suami kaki botol. ayah yang kuat memukul. paling suka seks. 

Kazim. anak Bakar. bekas rakan kongsi Herman masa buat bisnes travelling. tipu duit Herman masa buat bisnes bersama. kekasih Ida.

Alan. client Herman masa dituduh bersubahat dalam satu rompakan lain. balas budi Herman dengan cara join rompak bank urusan Kazim. 

Radi. juga pelanggan Herman masa sama-sama dituduh bersubahat dalam satu rompakan dengan Alan.

Don. orang yang pernah cuba curi kereta Herman. dikenalkan semula oleh Radi masa nak wat plan rompak CIMB.

Fizikal buku :

50 bab kesemuanya dan juga epilog. sebanyak 335 muka surat. saiz font kecil tapi standard dan masih boleh dibaca. 

4.5/5

p/s : aku suka babak2 cinta ni. baca punya baca. terbentuk satu quote dalam otak "cinta, kalau dibiarkan berdua,ranjang juga akhirnya". kenapa? anda baca sendiri pecah. 

2 comments:

Adam said...

cekik aku ada! heee

SUDUT MATA SAYA said...

Adam : best tak buku tu? aku cuma lum ada cekik,dendam and kasino.

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords