Sunday, July 10, 2011

KOUGAR

terima kasih Buku Fixi

Aku beli buku ni masa aku pegi KLAB. Buku yang dimaksudkan ialah Kougar. Kougar adalah salah satu buku keluaran Buku Fixi yang ditulis oleh Shaz Johar merupakan penulis blog jejaka anggun. Jadi, taknak intro panjang lebar, aku nak citer sket pasal buku ni.

Sinopsis belakang buku :

Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang. Ibunya dikampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam, Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama. Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti? Kougar tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!

Lepas dibaca, apa citer sebenarnya :

Sinopsis kat atas ni hanya intro citer. Ada satu insiden yang berlaku antara Kisha, Su, Azril dan Abang Mike. Azril ialah pemuda berusia 25 tahun yang menjadi kekasih Kisha pada ketika itu manakala Abang Mike seorang yang kaya yang menjadi teman kepada Su. Insiden itu yang telah membuatkan Azril lari meninggalkan Kisha. Namun, Kisha telah mula dan seterusnya melakukan kesilapan dengan berkahwin dengan seorang imam bernama Razif yang juga sepupunya. Razif bukanlah seperti imam yang lain, seorang panas baran dan bertindak telah dengan menyeksa Kisha sepanjang perkahwinan mereka. Dalam pada itu, Kisha yang sedang berusaha untuk melarikan diri dari Razif telah melakukan hubungan dengan Yusri, pekerja suaminya. Akhirnya, Kisha dapat melarikan diri dengan bantuan Yusri. Kisha juga telah dapat membebaskan diri dari cengakaman Razif. Kemudian, Kisha dan Azril bertemu semula dan menyulam cinta kembali setelah sekain lama terputus. Malangnya, sulaman itu tak kekal lama dengan kemunculan semula Yusri yang akhirnya Kisha ditinggal oleh kedua-dua lelaki ini. Lima tahun Kisha menunggu Azril untuk kembali tetapi dalam tempoh itu juga  Kisha dipikat oleh seorang lelaki. Namun, adakah Kisha menunggu Azril lagi? atau terus menerus menjadi kougar? hanya penulis yang mengetahuinya.

Watak-watak penting : 

Kisha
atau nama penuhnya Rakisha. berumur 40 tahun dan seorang yang bekerjaya. mempunyai seorang kakak dan abang yang telah berkahwin selain seorang ibu yang sentiasa membebel perihal jodohnya. berkahwin paksa dengan Razif. seorang yang malang dalam bab lelaki dan percintaan.

Suraya
sahabat karib Kisha dan bekerja di bawah majikan yang sama dengan Kisha. seorang janda kerana suaminya mempunya isteri lain. menjadi kekasih geli-geli Abang Mike. seorang yang negatif dalam hubungan cinta sejati sebab kisah silamnya. antara orang kuat Kisha.

Azril 
pemuda berusia 25 tahun yang diminati Kisha sebelum bekerja di syarikat yang sama dengan Kisha. pernah menjadi tempat puas nafsu Abang Mike. menyintai Kisha sepenuh hati tapi dilukai sebanyak 2 kali. 

Razif 
seorang imam yang fake. tak mengamalkan ajaran agama yang diceramahkannya. seorang  yang panas baran selain telah menjadi duda sebelum berumah tangga dengan Kisha.

Yusri 
pekerja yang bekerja di kedai runcit Razif. orang paling tahu mengenai sifat sebenar razif. orang yang membantu Kisha dalam usaha melarikan diri dari Razif dan kekasih pemuas nafsu syahwat Kisha yang kesunyian.

Apa yang best dengan buku ni :

Plot citer yang ringkas. bahasa yang digunakan tidak berbunga-bunga seperti novel tipikal terbitan Alaf 21, maka, sesuai dengan orang2 yang sukakan bahasa yang mudah. ayat yang tak terlalu panjang. teknik penceritaan yang mudah iaitu tidak terlau terperinici mengenai sesuatu situasi dan terus ke babak-babak yang penting. kurang penggunaan bahasa Inggeris. 

Mesti ada yang kurang dengan buku ni kan? 

Mesti ada! buku ni tak sesuai dengan perempuan2 yang suka berangan2 untuk dapat pakwe kacak dan kaya atau perempuan2 dan lelaki2 yang dah terlebih dos plot tipikal dalam novel2 seperti yang diterbitkan oleh Alaf 21. plot citer yang mudah dan direct ni menyebabkan kurung unsur saspen terutamanya dalam bahagian Kisha yang diseksa oleh Razif dan waktu2 Kisha melarikan diri. mungkin disebabkan wujudnya had dalam jumlah perkataan yang boleh digunakan, perincian dalam watak juga tak dapat dirasai sepenuhnya. pembaca akan digambarkan dengan perwatakan secara kasar dan utama sahaja. 

Fizikal buku :

Mempunyai 322 muka surat dan 40 bab kesemuanya. walaupun 40 bab nampak banyak, tetapi secara purata, bab-bab ini tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang atau sederhana dengan lebih tepat. ada 1 atau 2 bab yang amat2 pendek. saiz font yang digunakan mungkin bersaiz 14 (pandangan aku je) sebab tak terlau kecil seperti novel2 terbitan Alaf 21.

Ada penting lagi ke?

Ada! harganya amat berpatutan. dalam likungan RM20 kot (tak ingat berapa ringgit masa beli buku ni dulu). buku ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. bagi yang takut2 pasal hal 18SX. jangan risau! amat3 minima atau bak kata fared ayam "kalau pornolah minda kita, maka apa yang dilihat adalah porno juga " (lebih kurang camtulah yang dia cakap, tak ingat ayat sebenar).

3.5/5

p/s : apakah kougar? kougar ialah...... cari sendiri!

2 comments:

shandye. said...

oh, kougar tidaklah se'pornografik' cekik. fyi.

hehe...

baca ulasan kougar saya pulak. ngee...

jejaka anggun said...

terima kasih...

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords