Tuesday, June 21, 2011

KL ALTERNATIVE BOOKFEST 2011 (KLAB2011)

Assalamualaikum dan hye!

Sebelum meneruskan bicara, nak aku cerita sket pasal KL ALTERNATIVE BOOKFEST (KLAB) ni. KLAB ni adalah salah satu jenis book fair untuk buku2 yang ditulis dan diterbitkan oleh penulis dan penerbit2 buku indie. which mean, korang akan jarang jumpa buku2 ni di kedai2 buku yang terdapat di malaysia. dah nama pun indie kan, makanya cara diorang pun berbezalah dari penulis dan penerbit mainstream ni. kalau berdasarkan maklumat yang aku dapat (KLAB takde laman web rasmi,aku terpaksa bergantung pada maklumat yang ada pada blog2 dan laman web annexe gallery), KLAB dah lama ada, rasanya dah lebih dari 4 tahun (sebab aku hanya jumpa dari 2008). dan annexe gallery, central market (pasar seni dengan lebih tepat lagi) yang menjadi tempat berlangsungnya KLAB ni. selalunya (berdasarkan maklumat yang aku dapat), annexe gallery ialah tempat rasmi bagi KLAB selain KLAB sentiasa bergabung dengat Arts For Grab (AFG). AFG ialah satu art fair yang mana para pencipta seni memasar dan mempamerkan hasil kerja seni mereka. KLAB dan AFG diadakan bertujuan bagi para pencinta buku dan seni untuk memenuhkan koleksi buku dan seni mereka. KLAB juga bertujuan untuk memupuk minat membaca, atau pun bagi menawarkan lebih banyak medium pembacaan khas untuk masyarakat yang sudah bosan dengan bahan bacaan mainstream. apa2 pun, jangan pandang rendah pada mereka yang terlibat (yakni penerbit dan penulis buku serta pencipta hasil seni) kerana hasil kerja sangat mengagumkan. ok! enough with the intro.

macam mana aku boleh tau pasal KLAB? aku dapat tau dari facebook seorang kawan, sebab ada satu blogger ni akan lancarkan buku dia pada hari sabtu. KLAB 2011 berlangsung selama dua hari iaiatu sabtu dan ahad, 18 dan 19 julai 2011. then, lepas wat survey kat pak cik google, aku dapat tau hari tu merupakan bookfest. survey punye survey lagi, aku dapat tau pelakon zahiril adzim pun akan lancarkan bukunya pada hari dan tempat yang sama. aku tak penah pegi KLAB ni. maka, aku boleh dianggap virgin lagi nak pegi KLAB.


poster KLAB 2011.

banyak penerbit dan penulis buku yang terlibat seperti Dubook Press, FIXI, Ayam Fared, Zahiril Adzim, Petak dan akulinglung. aku sempat hadir acara perlancaran buku2 yang baru diterbitkan seperti sperma cinta, bogel menuju Tuhan, anarki di Kuala Lumpur. aku suke perlancaran jenis ini sebab santai, takde ucapan panjang lebar (senang cakap takde protokol), persembahan yang menarik, reading daripada bahan cerita dalam buku2 yang dilancarkan. walaupun tak besar seperti pesta buku KL tu. tapi cukup menarik. hasil seni yang dijual pun cukup2 cantik. banyak buku yang dijual. aku sempat tibai beli sperma cinta, bogel menuju Tuhan, dendam, kougar dan cd fynn jamal. aku tak boleh nak beli buku banyak lagi sebab dah over bajet. tu pun tahan je hati ni tengok buku2 yang ade.

apa2 pun, aku sarankan pada semua pembaca, tak kira lah tua ke muda ke budak skola rendah ke budak uni ke, datanglah ke KLAB pada tahun depan. tak rugi anda pergi. sebab berbaloi dan anggapan kita pada masyarakat kita yang malas membaca dan takda bakat menulis akan sama sekali jauh menyimpang, kerana kebanyakkan penulis berumur bawah daripada 30 tahun (kalau tak silap).

memandangkan aku tak banyak amek gambar, tapi silakanlah mencucui mata anda dengan gambar2 dibawah.


zahiril adzim


ayam fared


orang yang hadir


amani buat reading buku bogel menuju Tuhan


turn zahiril buat reading lak


artwork yang ada


orang ramai lagi


aku lupa nama dia


jayzuan


akulinglung

3 comments:

nizamsani said...

yang lupa nama itu aloy paradoks

SUDUT MATA SAYA said...

terima kasih nizamsani! :) terima kasih juga follow blog saya.

nizamsani said...

sama-sama.

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords