Wednesday, June 22, 2011

SPERMA CINTA


Assalamualaikum dan hye!

Sebelum nak citer panjang lebar, aku nak wat intro sikit pasal buku ni. buku adalah sejenis blook iaitu blog+book=blook. kalau tak faham lagi, entri2 dalam sebuah blog dibukukan. ada faham? blook sperma cinta ni ditulis oleh seorang blogger bernama akulinglung. cukuplah tu kan? nak lebih, cari sendiri.

ok! dari segi fizikalnya, blook ni muka suratnya sebanyak 139. citernya tak panjang. nak kata cerpen pun boleh. tulisannya pun besar2, so, pada yang rabun dan orang tua juga boleh baca blook ni. intipatinya juga turut diselitkan dengan foto2 penulis dan kawan2. kertasnya juga, bagi rasa jari-jemari aku sangat sedap untuk dipegang.

dari segi bahan cerita, aku cakaplah blook ni mampu buat aku rasa tenang dan damai sepanjang hari serta berasa sedih apabila sudah sampai ke kulit belakang (sebab hati nak lagi baca citer lain). jujurnya, ada satu dua citer aku rasa sedih sebab memang ada yang sedih, ada yang buat aku senyum je dan selebihnya buat aku ketawa (dinasihatkan jangan baca di tempat awam dan depan orang lain termasuklah ahli keluarga anda, sebab anda akan sakit jiwa tak dapat gelak kuat2). memang sangat menyesal bila aku baca depan mak bapak aku, bila sampai part lawak aku tak boleh nak gelak kaw2. cara penulisannya, aku boleh cakap mampu bawa kita balik ke zaman kita membesar (walaupun umur aku-penulis jarak dalam lebih kurang 7-8 tahun). citernya dari dia kecik hingga da beso, da bekorje. cara penulisan yang ringkas. tak guna ayat panjang2. dan ini memudahkan kita bayangkan apa yang cuba disampaikan penulis. satu lagi, percayalah walaupun tulisan dia banyak melawak tapi memang akan buat kita berfikir sejenak tentang nilai2 kemanusiaan sepanjang kita hidup.  macam citer shukraay sayang shida, penulis nak citer pasal macam mana hubungan antara manusia-binatang menjadi begitu istimewa. sampai shukraay terlalu rindukan shida bila shida balik kampung, sampai shida sangat2 sedih sampai bagi penampar kat orang yang langgar shukraay.

banyak gak citer yang aku suka. aku malas nak listkan sebab aku rase aku akan listkan sume citer yang ada. senang cakap, aku suke sume citer yang ade. huhu. aku sarankan korang beli dan baca. rasai apa yang ingin penulis sampaikan dan nikmatilah momen ketika membacanya.

4/5

5 comments:

Linglung said...

kalau nanti gua buat buku serius rasa-rasa boleh jalan dak?

apapun, terima kasih atas rebiu panjang lebar ni :)

-XaXao- said...

insyallah boleh punye :P

SUDUT MATA SAYA said...

insya Allah boleh.. positif!

FAUZI NOR said...

Blog nie pun best jugak apa...

;p

nizamsani said...

kulit bukunya cantik.

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords