Bogel Menuju Tuhan merupakan sejenis blook garapan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya, Zahiril Adzim. aku beli masa aku berkunjung ke KLAB 2011. sebelum aku ulas dengan ulasan aku sendiri, nak aku citerkan sket apa yang di maksud oleh Zahiril Adzim dengan Bogel Menuju Tuhan. kalau korang leh zoom in pic buku kat atas, korang boleh baca secara details. apa yang aku dapat simpulkan, Zahiril nak bagitau yang hidup akan sentiasa didatangi cabaran dan dugaan sepanjang masa untuk kita sebagai manusia sampai ke penghujung hidup untuk bertemu dengan Pemilik Yang Satu. itu intro ringkas aku berkenaan blook ini.
disebabkan kita sebagai manusia lebih gemar memandang yang fizikal dahulu dari yang lain, aku nak ulas blook ini berdasarkan fizikalnya sebagai isi pertama. buku ini kalau tak termasuk komen daripada orang2 yang terlebih dahulu membacanya, adalah lebih kurang 90 muka surat. dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sajak dan catatan yang mengandungi 64 cerita yang berbeza. saiz font secara purata seimbang, tapi ada juga lebih kecil disebabkan ceritanya yang panjang selain daripada penerbit mungkin nak kurangkan muka surat untuk dicetak. bogel menuju tuhan juga turut diselitkan foto2 Zahiril sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni ini.
ok! masuk pula bab isi kandungannya. nasihat aku untuk para bakal pembaca bogel menuju tuhan ialah bersedia dengan otak yang terbuka dan pemikiran yang kritikal kerana anda pasti akan mengalami kepeningan pada pembacaan yang pertama. ya, aku sendiri buat masa ini sudah dua kali membacanya tapi masih lagi belum memahami maksud yang disampaikan oleh Zahiril secara total. metafora yang digunakan, walaupun menggunakan dengan bahasa yang ringkas, pasti membuat pembaca sedikit terpinga dan secara tak langsung mendesak pancaindera otak pembaca untuk berfikir kisah disebaliknya. jujur, bahagian sajak adalah lebih kritikal untuk difahami berbanding dengan catatan. seperti kata Hanis Zalikha dalam ulasannya "Dia takkan spoon-feed you free-free aja". Zahiril memang sengaja mahu pembaca gerakkan otak untuk berfikir. tema penceritaan juga pelbagai. Zahiril bukan sahaja mengetengahkan cinta sebagai tema, tapi turut melibatkan politik, roda-roda kehidupan dan unsur-unsur keagamaan. antara sajak yang aku suka baca ialah Abang Sejang Beruniform Bersenjata, Jangan Ditekan Anak Ini, Dari J Hills Ke Selatan dan Nekad Muktamad. Tulisan Itu Bogel, Jangan Jagi Pelakon Pemalas!, Kita Peniru Profesional dan Orang Lain adalah antara catatan yang gemar dari blook ini.
Buat pembaca, tak rugi anda mebacanya. otak memang akan sedikit sakit sebab Zahiril memang nak pembaca gerakkan minda berfikir (rasanya, dah tiga kali aku sebut benda ni). jangan terus menghukum dari tajuknya yang agak kontroversi bagi masyarakat biasa, tapi nilailah dari bahan ceritanya. Selamat Membaca!
4/5
5 comments:
Baru Peminat dia yang ulas...Belum aku baca lagi benda tu...haish..baru baca ulasan dah putus2 urat Otak aku..hahaha.
KAlau aku jumpa..aku beli n try baca la..aku minat dia masa tgk jUVANA.HAHA
Syafiq : gi selangor bookfest weekend ni. ada jual kat situ klu tak silap.
selangor bookfest weeked?
malu bertanya sesat jalan..kat mana tu?haha..haish..
Syafiq : kat sacc mall?? tahu tak kat ne??
haha...lagi la aku xtau..xpa2..apa2 pon tq layan kerenah aku..hahahaha...
ape cer ko?haha
Post a Comment