Friday, January 28, 2011

FASTER


assalamuaalikum dan hye!

aku gi tengok citer ni ngan pika.pergh!first time kuar ngan pika tp dia best!mule mule juz nak gi chow rasta dan tengok jam awal lagi.so,aku decide nak tengok wayang.and pika pun okeyh je.so,dalam banyak citer,kitaorang chose nak tengok citer ni.

FASTER mengisahkan seorang lelaki bernama.. (untuk sekian kalinya aku lupe lagi nama wataknya) yang dilakonkan oleh dwayne johnson merupakan seorang banduan setalah ditangkap atas kesalahan merompak bank (kalau tak silap). lepas dwayne dibebaskan daripada penjara,dia ada satu tekad nak balas dendam kepada musuh musuh ketat yang da bunuh abang dia.setelah diaturkan bakal bakal mangsa oleh orang orang yang diupahnya,dwayne memulakan misinya dengan membunuh seorang demi seorang sekutu yang terlibat dalam kes yang berlaku 10 tahun lalu. rupa-rupanya,de seorang anggota polis yang terlibat dalam kes dwayne ni merupakan salah seorang sekutu yang membunuh abang dia. anggota polis yang dilakonkan oleh billy bob thorton ni telah seorang pembunuh upahan yang giler hebat la skil membunuh dia tapi dia de sket masalah emosi tak stabil yang dilakonkan oleh oliver jackson-cohen.pengakhirannya,dwayne berjaya membunuh semua yang bertanggungjawab dalam pembunuhan abang dia.

pandangan saya :

jalan citernya sangat mendatar dan agak membosankan.saspen yang ditunjukkan oleh pengarah dalam adegan pembunuhan tidaklah begitu berjaya dan memberi kesannya.seiring dengan nama filem ni,FASTER merupakan antara filem inggeris yang pendek.pembunuh upahan yang ditunjukkan mempunyai pelbagai kelengkapan pembunuhan yang lengkap gagal digambarkan sebagai pembunuh yang hebat dan kebal.kecelaruan yang dialami oleh anggota polis itu berjaya buat aku konfius dengan wataknya itu.dari segi penggunaan pelakon pula amatlah minima,tak penah aku tengok citer inggeris cam filem bajet.thrill juga boleh dikatakan amat kurang dalam citer ni.secara keseluruhannya,korang kalau tak tengok citer ni pun takpe sebab memang tak best.

2/5

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords