assalamualaikun dan selamat petang!
agak lewat gak aku tengok citer ni.sebab agak sibuk sket.mule mule taknak tengok citer tapi sebab rumetku beria sangat nak tengok.maka,ku turutkan saja.kalau tak,de gak yang ngidam kat citer ni.huhu..ok! sudah tu merepek.back to the main job.
KHURAFAT citer pasal seorang lelaki ni iaitu johan (syamsul yusoff) yang guna ilmu hitam untuk dapatkan anna (sabrina ali).tapi tak tau sebab apa,johan ni berubah dan taknak wat keje tak elok ni,putuskan hubungan dengan anna dan kahwin dengan aishah (liyana jasmay).jadi,lepas johan balik kampung jenguk mak dia (fauziah nawi),hidup johan dan aishah sering diganggu makhluk halus.yang mana,semakin hari semakin teruk.ditambah lak dengan anna yang dok meroyan nak kat johan sampai bunuh diri.jadi,disebabkan anna ni anak tunggal dan mak dia sakit,johan uruskan pengebumian jenazah.tapi pengurusan ni bukan senang sebab sering diganggu makhluk halus sampai van jenazah yang dinaiki johan dan kawannya kemalangan jatuh gaung akibat diganggu makhluk halus ni.rupa-rupanya,yang mengejar johan selama ini ialah roh seorang wanita yang da lama mati,yang diseru johan semasa johan guna ilmu hitam nak ngorat anna dulu.akhirnya,johan mati tanpa sesiapa tahu mengenai rahsianya itu.
pandangan saya :
tahniah kepada syamsul yusoff!sebab tak buat citer seram stail malaysia,yakni yang asyik dok jerit tapi seram entah kemana.sebenarnya,ini citer seram pertama aku tengok tanpa memejamkan mata dan menikmati popcorn dengan asyiknya.mula-mula,citer ni agak bosan.sebab syamsul de gak guna cara biasa citer seram malaysia iaitu jumpa hantu dalam mimpi.tapi scene tu cuma sekali.dan syamsul guna teknik flash back untuk bagitahu penonton kronologi kenapa dia sekeluarga dihantui makhluk halus.dan syamsul juga agak bijak sebab mampu buat penonton tertanya apakah punca hidupnya sentiasa diganggu hantu kerana penyebabnya hanya akan diketahui dipenghujung citer.walaupun hantu yang digunakan tak berapa nak seram tapi saspen yang digunakan syamsul agak berkesan.tapi bagi jenis penonton yang memang alah ngan citer seram ni memang akan takut sepanjang masa dan dok menjerit sepanjang citer.
tapi ada gak scene yang sebenarnya sangat tak logik yang selalu digunakan oleh pengarah untuk citer seram kat malaysia.pertama,mana ada orang keje dalam ofis tapi hanya pasang lampu meja time nak wat keje.wad hospital yang ditunjukkan syamsul terlalu gelap dan sebenarnya wad taklah segelap tu.satu lagi,de ke patut seorang suami leh biarkan isterinya pergi tempat letak kereta sorang sorang pada waktu tengah malam cam yang dilakukan johan terhadap aishah (suami apakah ini?).lighting kat umah johan pun sangatlah malap.dan mane ada orang terima makanan dari orang yang tak dikenali seperti mana yang dilakukan oleh johan dalam citer ni.secara keseluruhannya,KHURAFAT adalah salah satu citer yang agak seronok ditonton dan agak lain dari citer seram biasa yang ada kat malaysia ni.
2/5
No comments:
Post a Comment