Wednesday, April 17, 2013

DRUN #2

Masalah muncul apabila kau sendiri tak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.

Friday, February 15, 2013

SUMBAT


Diambil dari page fb SUMBAT


Assalamualaikum dan hye!

Ok, tengok tajuk dan gambar di atas pun dah tahu aku nak tulis ulasan pasal apa. Setelah lebih kurang 3 hari pembacaan, dapat aku ulaskan buku ini yang dimulakan dengan perkembangan pembacaan yang aku update di goodreads seperti di bawah :

1.  on page 63 of 314
disumbat dengan banyak watak dalam satu-satu bab buat otak aku rasa semak, dan cerita ni dah boleh aku anggap "Desperate Housewife" versi Malaysia dah aku rasa. aku sedang merasa jengkel dengan monolog pelakon yang terlalu banyak.

2. on page 188 of 314 
macam mana cakap ya perkembangan pembacaan kali ni?rasa sesak dengan persoalan mengenai kisah hitam semua watak.leceh rasanya bila kena ingat kisah setiap satu watak bila penulis seakan suka nak melambakkan semua watak dalam satu-satu bab.dalam masa sama,sudah jelik dengan perkataan "kisah hitam","sejarah lampau","rahsia" dan perkataan-perkataan yang membawa maksud hampir sama.

maka dapat disimpulkan begini :

"Kita mempunyai pertalian dengan orang di sekeliling kita melalui 6 tahap" - kenalan twitter, 2013. (aku prafrasa ayat dia di twitter)

begini caranya, menurut kenalan aku itu, kita berkenalan dengan A, A berkenalan B, B berkenalan dengan C, C berkenalan dengan D, D berkenalan dengan E, E berkenalan dengan F. kita mempunyai kemungkinan yang tinggi mempunyai pertalian dengan F. faham tak?

ok, teori ini digunakan oleh penulis dalam konsep "desperate housewife" versi Malaysia. konsepnya sahaja ya sama sebab, seperti "desperate housewife", setiap satu isi rumah mempunyai sejarah hitam dan adalah kegiatan hitam yang dilakukan isi rumah tersebut mempunyai kaitan dengan isi rumah yang lain.

berteraskan dendam, satu demi satu penyucian dosa dilakukan. berteraskan dendam juga orang yang tidak bersalah menjadi mangsa teraniaya. tekak semakin kehausan darah, perut semakin laparkan daging manusia menjadikan penyucian dosa ini dirancang secara rapi supaya yang kehausan dan kelaparan itu dapat dipuaskan.well...semuanya ada penghujung.adakah penyucian dosa terus berlaku atau dapat dipatahkan?ha...yang tu baca sendiri.

secara teknikalnya, aku agak penat membaca novel ini. penulis, aku kira memang suka memanjangkan cerita dengan lambakan watak. lambakan watak ini memaksa aku untuk terus atau seolah-olah kena menghafal kisah setiap satu watak supaya aku tak sesat dalam pembacaan bab-bab yang seterusnya walaupun perkaitan watak-watak tersebut hanya diterangkan pada bab-bab terakhir. sesungguhnya, ada beberapa watak bagi aku tak perlu ada pun takpa sebenarnya.

disebabkan lambakan watak, penulisan yang panjang itu terpaksa dirapatkan jaraknya. nah! aku terpaksa slow down speed of reading bila sampai bahagian monolog dalaman watak. payah tau tak? maka, pihak editor terpaksa membiarkan satu halaman kosong sebelum masuk bab baru yang aku kira atas tujuan menenangkan pembaca dan bagi aku itu satu pembaziran yang menjengkelkan.

yang ini paling penting, sebelum aku berkerut-kerut dahi apabila sampai ke bahagian penyucian dosa atau apa-apa bahagian yang mengundang adrenalin aku berlari laju sedikit, aku dilalaikan penulis dengan penjelasan cara memasak atau cerita yang berkenaan dengan hal memasak sampai kadang-kadang terdetik dalam hati yang aku sebenarnya tengah baca buku masakan perancis bukan cerita pembunuhan. ok, itu juga bagi aku melecehkan sebab aku kena tarik balik diri aku supaya sedar bahawa aku tengah baca buku pembunuhan pada setiap penghujung cerita setiap watak dalam setiap bab. 

walau bagaimanapun, aku nak bagi tepukan kepada penulis sebab ceritanya agak menarik dan ada sedikit perbezaan walaupun ending-nya biasa-biasa saja bagi aku. aku nak bagi tepukan sekali lagi buat penulis sebab dengan baik hatinya membuat senarai watak sebab nak memudahkan pembaca kenal watak secara ringkas. strategi yang bagus!

tak terlupa, ada sedikit typo yang telah dikesan dalam buku ini.

oh ya, buku ini tidak berjaya buat perut aku rasa lapar.

p/s : kewujudan epilog membuatkan aku rasa penulis akan menulis sambungannya. mungkinkah berlaku?

Thursday, January 24, 2013

BISIK


Diambil dari blog penulis buku ini sendiri, Syaihan Syafiq.

#BISIK ialah buku pembukaan yang aku baca untuk tahun 2013 walaupun dah sekian lama aku beli. Aku habiskan pembacaan dalam tempoh 3 hari. 

Dari muka surat pertama, aku mulakan bacaan dengan senyuman terhadap benda-benda yang dideskripsikan dengan terperinci oleh penulis yang jelas menunjukkan dia memang seorang yang sukakan details tapi tidaklah terlalu details seperti satu novel fixi yang lain yang aku dah baca, tak ingat pulak tajuknya.

Cerita yang dimulakan dengan Mikael yang sedang mencari rumah sewa baru kerana dia sudah mula mengalami "gangguan" setelah kematian teman serumah. Keadaan sketchy bermula secara berdikit-dikit apabila Mikael mengambil keputusan untuk pindah ke rumah sewa baharunya. Kemunculan watak Nazzman yang kacak lagi bergaya dan ditambah pula dengan poket yang kaya menjadikan cerita menjadi misteri dek kelakuannya yang tenggelam timbul.Saspen semakin menjadi-jadi apabila permata hati dan pemuas nafsu Mikael mati secara misteri. Cerita berada di tahap klimaks apabila nyawa sahabat baik Mikael menjadi taruhan. Kesudahannya? sila beli atau pinjam dan baca sendiri.

Secara teknikalnya, cerita taklah begitu saspen tapi penulis pandai susun cerita yang setiap bab yang dibaca akan dihadirkan dengan soalan-soalan yang pening untuk kau cari jawapan. secara tak langsung, penulis buat pembaca cuba link-kan setiap satu persoalan dengan persoalan lain supaya pembaca konon-kononnya boleh menebak apa yang berlaku. ok, aku berjaya jugaklah tebak beberapa perkara sepanjang membaca. hahaha! jujurnya, jalan cerita sedikit buat aku menguap tapi aksi menguap itu ditamatkan dengan tragis sebab percayalah penulis  berjaya sorongkan kau rasa bosan lepas tu dia sentapkan rasa bosan tu dengan keadaan paling yang boleh kau buat gila. lagi gila bila kau nak tido lepas tu kau dihidangkan dengan binatang penuh comel tapi dibunuh dengan penuh tragis. memang kau tak boleh tidolah lepas tu.

Cumanya, aku tak puas hati dengan penghujung cerita. aku rasa penulis tamatkan cerita dengan cara biasa-biasa saja tapi tidak klise. dengan mudah soalan "macam ni je ke?" akan terpacul sejurus kau sampai bab terakhir novel.

oh ya! aku kesan hampir sepuluh taipo yang ada. agak annoying bagi aku. 

jadi, selamat membaca gai yang belum membaca.!

Sunday, December 30, 2012

abang

saat kau pergi,
semua simpan dalam hati,
macam ada satu rasa yang tak mampu diucapi,
oleh mulut yang ukir senyum basi.

saat kau pergi,
semua bagai patah kaki,
semua bagai dicucuk gerigi,
entah bila darah mengalir nak berhenti.

ssat kau pergi,
cerita kau disimpan dalam peti basi,
takut untuk diingati,
kelak undang air mata mengalir tanpa henti,
macam apa yang berlaku pada aku saat aku menulis ini.

abang,
susah kakak nak ucapkan,
tapi saat 18.5.2007 takkan lepas dari ingatan.

abang,
tiap kali muncul dalam ingatan,
esakan jadi pengakhiran,
sebab rindu tak dapat dilepaskan.

abang,
sakitnya simpan perasaan ini,
sampai kakak takut berlaku lagi,
dengan apa jua situasi berlaku kini,
kakak tak tahu nak bergantung pada siapa lagi.

abang,
tertutupnya muka abang dek tanah,
segala tanggungjawab datang menjengah,
bagai tak tak tertanggung rasa yang dimamah,
bila kakak hilang tiang tempat bergantung tika lemah.

abang,
kakak rindu tahu?

Monday, December 10, 2012

ADA APA DENGAN CINTA



melihat tajuk entri dan poster entri ni pasti akan buat orang tanya "punya lama citrer ni dah keluar, baru hari ni nak buat review?". chill guys, chill...

citer ni memang dah lama dan banyak kali juga aku tengok. cumanya, aku tonton sekali lagi semalam dan aku dapati beberapa perkara :

1. cerita ni sebenarnya taklah best sangat. mungkin cerita ni jadi best sebab diselitkan unsur2 sastera, yakni bait2 puisi yang ditulis oleh Rangga dan Cinta.

2. cerita ni, bagi aku, pada hakikatnya, popular sebab Rangga handsome. aku cakap macam tu, sebab filem ni keluar waktu aku darjah 5. maka, kebanyakan gegadis sangat gilakan kekacakan Rangga itu.

3. takde cinta agung dalam cerita ni. please!

jadi, bila diteliti balik cerita ni semalam sehingga menyebabkan roomate kesayangan kata "gila khusyuk akak tengok citer ni" padahal dia tak tau aku buat analisis dalam otak ni bagai nak gila. poyo! aku come out with a theory which is Cinta seorang yang pentingkan diri atas beberapa faktor :

1. janji dibuat untuk dimungkiri. pada awal cerita, ada satu babak Cinta dan rakan2 dalam bilik Cinta sedang bersama2 sedih terhadap apa yg menimpa Alya. di situ, Cinta telah buat janji pada Alya bahawa dia akan bersama Alya tidak kira masa dan tempat supaya dapat ringankan beban Alya dalam menghadapi krisis keluarga. janji dimungkiri bila Cinta sanggup menipu Alya semata-mata untuk keluar dengan Rangga dlm proses dia nak mengorat Rangga. oh ya, dia bukan tipu Alya je tapi tiga orang kawan yang lain atas sebab yang sama.

2. Cinta tak faham kawan2 dia dan dia ada persepi sendiri mengenai kawan2 dia. kenapa? dia tak berterus-terang dgn empat kawan yg lain yg dia dah jatuh cinta dgn Rangga (dan pengakuan ini wujud pada hujung2 cerita). dia tak berterus-terang atas alasan kawan2 dia takkan faham sekali gus menolak Rangga utk jadi kekasih Cinta hanya disebabkan pada awal perkenalan Cinta-Rangga, Rangga telah menunjukkan sikap yang tak boleh diterima Cinta. jadi, Cinta ambil langkah berdiam diri tanpa cuba menerangkan situasinya yang akhirnya menyebabkan dia menipu.

3. bila penipuan Cinta terbongkar, dia dalam keadaan serba-salah kerana menipu dan tidak bersama Alya pada masa Alya perlukan dia sehingga menyebabkan Alya buat cubaan bunuh diri. bila dah terjebak dalam keadaan serba-salah, Cinta sebenarnya mahu bersifat tamak, iaitu mahukan Rangga dan kawan2 nya tapi disebabkan rasa serba-salah itu juga Cinta ambil jalan mudah menjadikan Rangga sbg kambing hitam dan dituduh sbg punca utama kenapa Cinta berpelakuan sedemikan, walhal semua titik tolak perisitwa yang berlaku termasuk penipuan yg dilakukan adalah dari Cinta (pada penghujung cerita Cinta mengaku itu silap dia).

oh ya, aku juga come out with other theory which is in all type of relationship, two is just nice, more than that are already crowded.

ok. cukup review ringkas. waktu sambung buat assignment.

adios! :)

Monday, November 26, 2012

untuk kau yang ku simpan perasaan

untuk kau yang ku simpan perasaan,
jangan kau cuba dekat meletak harapan,
kerna aku tak mampu berhadapan,
dengan perasaan yang dipendamkan.

untuk kau yang ku simpan perasaan,
jauhlah kau dari berdampingan,
kerna ku tak tahu bagaimana mahu ku lawan,
perasaan cinta yang tak mampu ku tahankan.

untuk kau yang aku simpan perasaan,
cukuplah kau tahu rasa aku pada kau yang telah aku tetapkan,
jangan kau harap aku akan menjauhkan,
segala yang ada dalam semua simpanan.

Monday, October 29, 2012

Love Likes Coincidences

Terima kasih Google


Kali ni filem Turki menjadi bahan review ringkas aku. Filem yang bertajuk Aşk Tesadüfleri Sever atau dalam bahasa Inggerisnya Love Likes Coincidences ini aku ambil daripada seorang kawan yang rekemen-kan cerita ni. jujur, ini filem yang berbahasa lain (kecuali Inggeris, Indonesia, Mandarin, Hindustan, dan Tamil) yang pernah aku tengok. malas cakap (baca : tulis) banyak, aku teruskan dengan tujuan utama aku menaip di sini.

Sinopsis cerita :

Kisah cinta yang bermula sedari lahir hingga pasangan ini berumur 25 tahun. "pertemuan" mereka bermula pada hari kedua-dua ibu mereka melahirkan mereka serentak secara kebetulan. kisah cinta ini dimulakan dengan perkenalan mereka sewaktu mereka masih lagi kanak-kanak kerana Deniz tinggal bersama dengan atuknya di Ankara. Sesuatu telah berlaku menyebabkan Deniz tidak lagi tinggal bersama atuknya. walau bagaimanapun, dalam tempoh pembesaran mereka sehingga masing-masing mula memulakan langkah sendiri dalam menentukan arah hidup, mereka secara kebetulan atau aku kira telah ditakdirkan untuk berada pada situasi, waktu dan tempat yang sama tanpa mereka sedar dan kebetulan ini berterusan sehinggalah mereka bertemu kembali pada satu pameran fotografi.  

"reunion" ini mencambahkan semula perasaan cinta mereka yang dipendam sejak kecil sekali pun Deniz telah mempunyai teman lelaki. kebetulan juga, hubungan cinta Deniz-Burak yang berantakan bagaikan satu penguat atau unsur pengukuhan hubungan cinta Deniz-Orguz. 

namun, takdir telah tertulis, cinta mereka bersatu bukanlah seperti hubungan cinta yang lain, kerana cinta mereka berada di dalam hati dan mengalir dibawa darah juga bersama rindu yang berpanjangan.

Plot :

plot berjalan perlahan tetapi aku dipaparkan dengan kenangan-kenangan Deniz-Orguz sepanjang dalam tempoh membesar melalui teknik imbas kembali. klimaks yang menyedihkan tetapi tidak begitu terkesan dalam hati aku.  
sungguh pun begitu, plot dihiasi dengan perasaan yang turun naik (tapi taklah turun naik sangat) dengan kisah sewaktu mereka remaja. ada yang suka dan ada juga yang duka cuma pengarah tidak terlalu menekan babak ini, mungkin  hanya untuk memberi gambaran ringkas terhadap perjalanan hidup mereka. 

Lain-lain :

1. latar tempat yang digunakan untuk zaman kanak-kanak cantik, ini menimbulkan rasa klasik semasa menonton. unsur klasik ini dibawa oleh props, warna dan keadaan masyarakat pada ketika itu.
2. semasa menonton, akan ada keadaan meng "aahhh.." terhadap kecomelan pelakon ketika waktu kanak-kanak dan sedikit cemburu dengan kecantikan rambut heroin. #iniserius
3. filem ni boleh ditonton oleh kanak-kanak sebab adegan orang dewasa tu kurang dari 1%. huhuhu...

ok. cukup setakat ini. oh ya, lagu-lagunya best!hehe..

bye!
 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords