Terima kasih Google
Kali ni filem Turki menjadi bahan review ringkas aku. Filem yang bertajuk Aşk Tesadüfleri Sever atau dalam bahasa Inggerisnya Love Likes Coincidences ini aku ambil daripada seorang kawan yang rekemen-kan cerita ni. jujur, ini filem yang berbahasa lain (kecuali Inggeris, Indonesia, Mandarin, Hindustan, dan Tamil) yang pernah aku tengok. malas cakap (baca : tulis) banyak, aku teruskan dengan tujuan utama aku menaip di sini.
Sinopsis cerita :
Kisah cinta yang bermula sedari lahir hingga pasangan ini berumur 25 tahun. "pertemuan" mereka bermula pada hari kedua-dua ibu mereka melahirkan mereka serentak secara kebetulan. kisah cinta ini dimulakan dengan perkenalan mereka sewaktu mereka masih lagi kanak-kanak kerana Deniz tinggal bersama dengan atuknya di Ankara. Sesuatu telah berlaku menyebabkan Deniz tidak lagi tinggal bersama atuknya. walau bagaimanapun, dalam tempoh pembesaran mereka sehingga masing-masing mula memulakan langkah sendiri dalam menentukan arah hidup, mereka secara kebetulan atau aku kira telah ditakdirkan untuk berada pada situasi, waktu dan tempat yang sama tanpa mereka sedar dan kebetulan ini berterusan sehinggalah mereka bertemu kembali pada satu pameran fotografi.
"reunion" ini mencambahkan semula perasaan cinta mereka yang dipendam sejak kecil sekali pun Deniz telah mempunyai teman lelaki. kebetulan juga, hubungan cinta Deniz-Burak yang berantakan bagaikan satu penguat atau unsur pengukuhan hubungan cinta Deniz-Orguz.
namun, takdir telah tertulis, cinta mereka bersatu bukanlah seperti hubungan cinta yang lain, kerana cinta mereka berada di dalam hati dan mengalir dibawa darah juga bersama rindu yang berpanjangan.
Plot :
plot berjalan perlahan tetapi aku dipaparkan dengan kenangan-kenangan Deniz-Orguz sepanjang dalam tempoh membesar melalui teknik imbas kembali. klimaks yang menyedihkan tetapi tidak begitu terkesan dalam hati aku.
sungguh pun begitu, plot dihiasi dengan perasaan yang turun naik (tapi taklah turun naik sangat) dengan kisah sewaktu mereka remaja. ada yang suka dan ada juga yang duka cuma pengarah tidak terlalu menekan babak ini, mungkin hanya untuk memberi gambaran ringkas terhadap perjalanan hidup mereka.
Lain-lain :
1. latar tempat yang digunakan untuk zaman kanak-kanak cantik, ini menimbulkan rasa klasik semasa menonton. unsur klasik ini dibawa oleh props, warna dan keadaan masyarakat pada ketika itu.
2. semasa menonton, akan ada keadaan meng "aahhh.." terhadap kecomelan pelakon ketika waktu kanak-kanak dan sedikit cemburu dengan kecantikan rambut heroin. #iniserius
3. filem ni boleh ditonton oleh kanak-kanak sebab adegan orang dewasa tu kurang dari 1%. huhuhu...
ok. cukup setakat ini. oh ya, lagu-lagunya best!hehe..
bye!
1 comment:
macam best jep. satgi aku nak try cari and download :)
Post a Comment