Friday, February 15, 2013

SUMBAT


Diambil dari page fb SUMBAT


Assalamualaikum dan hye!

Ok, tengok tajuk dan gambar di atas pun dah tahu aku nak tulis ulasan pasal apa. Setelah lebih kurang 3 hari pembacaan, dapat aku ulaskan buku ini yang dimulakan dengan perkembangan pembacaan yang aku update di goodreads seperti di bawah :

1.  on page 63 of 314
disumbat dengan banyak watak dalam satu-satu bab buat otak aku rasa semak, dan cerita ni dah boleh aku anggap "Desperate Housewife" versi Malaysia dah aku rasa. aku sedang merasa jengkel dengan monolog pelakon yang terlalu banyak.

2. on page 188 of 314 
macam mana cakap ya perkembangan pembacaan kali ni?rasa sesak dengan persoalan mengenai kisah hitam semua watak.leceh rasanya bila kena ingat kisah setiap satu watak bila penulis seakan suka nak melambakkan semua watak dalam satu-satu bab.dalam masa sama,sudah jelik dengan perkataan "kisah hitam","sejarah lampau","rahsia" dan perkataan-perkataan yang membawa maksud hampir sama.

maka dapat disimpulkan begini :

"Kita mempunyai pertalian dengan orang di sekeliling kita melalui 6 tahap" - kenalan twitter, 2013. (aku prafrasa ayat dia di twitter)

begini caranya, menurut kenalan aku itu, kita berkenalan dengan A, A berkenalan B, B berkenalan dengan C, C berkenalan dengan D, D berkenalan dengan E, E berkenalan dengan F. kita mempunyai kemungkinan yang tinggi mempunyai pertalian dengan F. faham tak?

ok, teori ini digunakan oleh penulis dalam konsep "desperate housewife" versi Malaysia. konsepnya sahaja ya sama sebab, seperti "desperate housewife", setiap satu isi rumah mempunyai sejarah hitam dan adalah kegiatan hitam yang dilakukan isi rumah tersebut mempunyai kaitan dengan isi rumah yang lain.

berteraskan dendam, satu demi satu penyucian dosa dilakukan. berteraskan dendam juga orang yang tidak bersalah menjadi mangsa teraniaya. tekak semakin kehausan darah, perut semakin laparkan daging manusia menjadikan penyucian dosa ini dirancang secara rapi supaya yang kehausan dan kelaparan itu dapat dipuaskan.well...semuanya ada penghujung.adakah penyucian dosa terus berlaku atau dapat dipatahkan?ha...yang tu baca sendiri.

secara teknikalnya, aku agak penat membaca novel ini. penulis, aku kira memang suka memanjangkan cerita dengan lambakan watak. lambakan watak ini memaksa aku untuk terus atau seolah-olah kena menghafal kisah setiap satu watak supaya aku tak sesat dalam pembacaan bab-bab yang seterusnya walaupun perkaitan watak-watak tersebut hanya diterangkan pada bab-bab terakhir. sesungguhnya, ada beberapa watak bagi aku tak perlu ada pun takpa sebenarnya.

disebabkan lambakan watak, penulisan yang panjang itu terpaksa dirapatkan jaraknya. nah! aku terpaksa slow down speed of reading bila sampai bahagian monolog dalaman watak. payah tau tak? maka, pihak editor terpaksa membiarkan satu halaman kosong sebelum masuk bab baru yang aku kira atas tujuan menenangkan pembaca dan bagi aku itu satu pembaziran yang menjengkelkan.

yang ini paling penting, sebelum aku berkerut-kerut dahi apabila sampai ke bahagian penyucian dosa atau apa-apa bahagian yang mengundang adrenalin aku berlari laju sedikit, aku dilalaikan penulis dengan penjelasan cara memasak atau cerita yang berkenaan dengan hal memasak sampai kadang-kadang terdetik dalam hati yang aku sebenarnya tengah baca buku masakan perancis bukan cerita pembunuhan. ok, itu juga bagi aku melecehkan sebab aku kena tarik balik diri aku supaya sedar bahawa aku tengah baca buku pembunuhan pada setiap penghujung cerita setiap watak dalam setiap bab. 

walau bagaimanapun, aku nak bagi tepukan kepada penulis sebab ceritanya agak menarik dan ada sedikit perbezaan walaupun ending-nya biasa-biasa saja bagi aku. aku nak bagi tepukan sekali lagi buat penulis sebab dengan baik hatinya membuat senarai watak sebab nak memudahkan pembaca kenal watak secara ringkas. strategi yang bagus!

tak terlupa, ada sedikit typo yang telah dikesan dalam buku ini.

oh ya, buku ini tidak berjaya buat perut aku rasa lapar.

p/s : kewujudan epilog membuatkan aku rasa penulis akan menulis sambungannya. mungkinkah berlaku?

1 comment:

. said...

kulitnya cantik.

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords