Sunday, August 5, 2012

Lelaki Eksistensial

Diambil dari ttgb

hurmmmm..sebenarnya,agak susah aku nak bagi rate ke buku ni walaupun jujurnya buku ni merupakan yang terbaik antara tiga penulisannya. bagi aku yang kurang membaca ni, pengisian falsafahnya amat baik. sekali gus buat aku rasa sedikit sentap dengan kekurangan ilmu yang ada. dan ini, aku kira sebagai satu faktor utama menyebabkan buku ini buku yang terbaik. sebenarnya, dari apa yang aku faham, falsafah menjadi topik utama yang nak disampaikan, tapi plot cerita diringankan dan diseimbangkan oleh elemen romantisme yang berlaku antara "Aku" dan para gadis sekelilingnya. mungkin sasaran pembaca yang diletakkan nami masih lagi mahu elemen cinta uantuk dihidangkan. berpaksikan lima kunci utama untuk memikat wanita, aku boleh kata nami lebih mahu lelaki belajar menghargai wanita (dengan erti kata lain menunjukkan rasa cinta) bukanlah menjadi kasanova kerana jujurnya, itulah yang dimahukan oleh seorang gadis/wanita. oh ya, sebenarnya, pengisian falsafah yang diberi dalam novel kali ni, aku boleh cakap pengisisan yang paling asas, cukup untuk mencetuskan otak untuk berfikir. satu lagi, nama-nama yang ada (bukan nama watak) cukup untuk kau buat sesi google untuk kau tambah ilmu sebenarnya.

sekian, terima kasih.

p/s : aku copy paste review aku sendiri kat goodreads.

3 comments:

shandye. said...

aku rasa aku salah seorang yang very few readers yg tak menyukai Awek Chuck Taylor (ACT), tulisan sulung sang penulis. sebenarnya aku ambil ACT sebab hype dan keglamouran yang terpusat daripada ramai org yg cakap buku itu mmg layan.

aku baca suku habis, aku sudah rasa macam hendak give up. ya, ia ditulis secara mirip diari peribadi, bahasanya santai habis dan banyak sungguh typo (mungkin diambil terus dari blog?) dan yg lebih penting, jalan ceritanya aku susah hendak daiges.

ya, kata orang ACT diangkat dari kisah peribadi yg amat dekat dgn penulis. makanya ia haruslah sedap, ye tak?

tapi aku punya pendapat yang bercanggahan.

lepas itu aku terus seperti ala-ala give up untuk baca karya2 sang penulis yang berikutnya. entahlah. mungkin lepas2 ini kalau sudah bosan benar aku akan sambar satu dan cuba baca.

sebab ramai juga yg cakap lelaki eksistensial (ok, aku tak tahu eksistensial itu apa. jahil tak?) ni bagus. baca review merata pn dok puji. sebab LE ni buat kau berfikir.

kan?

SUDUT MATA SAYA said...

@shandye mmg banyak kesilapan editing dlm ACT lagi2 dlm cetakan pertama. dlm cetak kedua,ketiga dan seterusnya aku tak tau bagaimana. ACT ni jujurnya, cerita cinta yang para gegadis suka. mungkin selera kau berbeza. jadi, pandangan kau pun berbeza..

nak kata berfikir tu taklah sangat. mcm aku cakap dlm review,pencetus sahaja.nak kata buat pembaca berfikir secara krtitkal tu taklah sangat.

untuk ketiga-tiga novel ni,kalau kau tanya aku, aku lebih cadangkan yang satu ini berbanding yang lagi dua.

Anonymous said...

A very nice novel,
somehow benda ni buat aku amat tersentap.
4 gadis, 4 ciri yang memenuhi kemahuan laki.
Fitrana - Semua nak kat perempuan manja.
Puspa - No komen. Lantak dia la dgn non-comformist stuff beliau.
Lin - duit, sebab dia mamat tu hidup.
Maisara - Hijabster.
Kenapa dia tertarik kat 4 gadiws ni?
Sebab dia still teringat kat Sofia, benda sebenar yang dia nak.
Cerita ni nak beritau kat pembaca, tentang apa yang kita nak sebenarnya kat dunia ni.
"What do you want? Camne kau nak achieve benda ni?", dan diselitkan dengan falsafah2 yang amat membuka minda pembaca.

Btw, melalui buku ni jugak, aku rase mcm boley jadi kasanova yg berjaya lepas ni. Aku harap 'Lin' akan muncul dalam hidup aku. haha.

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords