ambil dari TTGB
Belum apa-apa, kulit muka dah buat aku tertarik. ada benda yg boleh ditafsir dari kulit muka. Bayang dan ilutrasi yg terdapat pada kulit buku ni seperti ada perkaitan rapat. Bayang, satu lagi hasil tulisan penulis TTGB, yang aku rasa semua tau siapa, nami namanya.
Menurut dari sinopsis belakang buku, aku kira, pembaca akan dapat dua cerita berbeza. cerita mengenai Faris dan cerita mengenai Jack, yg juga ada perkaitan. tapi hidangan kali ini, bukanlah hidangan yg ringan dan mudah dihadam seperti tulisan sebelumnya, ACT. kulit buku juga dah menunjukkan cerita kali ini bukan calang-calang.
Seawal pembacaan bermula, di bab-bab awal, mengenai kronologi Faris yg tinggal di rumah nenek sebelah ayahnya, nami berjaya buat aku terseksa emosi. ya,membaca cara seksaan pak cik Faris cukup buat aku takut, membayangkan je dah buat bulu roma naik, apatah lagi kalau alaminya...
Jack muncul ketika minit-minit penyeksaan yg dialami Faris. Jack, yg merupakan kawan (baca:watak) paling penting bg Faris. mengenal Jack, bukan benda yg boleh dibaca sekali lalu je. serius, bila masuk bab-bab pasal Jack, aku berkerut dahi. semacam membaca fakta sejarah je bila dah masuk cerita pasal Jack. boleh jadi macam tak logik, tapi perlu diingat Faris dikatakan menghidap skizofrenia (menurut Adleen).
plot diselang-seli dgn flash back dan cerita masa kini, yg Faris byk bercerita psl masa silam kpd kekasihnya, Adleen. yg penting, Adleen ni seorang pakar psikologi. cerita pasal Adleen pun agk kompleks,yg akhirnya ada perkaitan juga dgn Faris tp ada 1 benda yg aku suka pasal Adleen, cara dia merokok (mungkin imaginasi aku yg tinggi).hehe...
Aku agak kecewa gak dgn pengakhirannya..buat aku terpana seketika...sampai aku mempersoalkannya..tapi..pada akhirnya..berbalik kepasa..Faris...yg menghidap skizofrenia...itulah yg berlaku..atau..sememanganya..nami mahu akhirkannya begitu...
(kenapa part akhir ni aku tulis mcm ni?sebab aku taknak dedahkan endingnya.mahu tahu,baca sendiri!)
p/s : jangan sangka buku ini sama seronoknya seperti ACT. seronoknya lain macam sket!
1 comment:
Nami akan sentiasa mengecewakan pembaca pada akhirnya.
Mungkin Nami sendiri tak percaya kepada happy ending? Ya ke?
gagagagagaga
Post a Comment