Tuesday, October 4, 2011

KASINO


Terima kasih BUKU FIXI.

Assalamualaikum dan hye!

Kini tiba buku baru untuk diulas, tapi taklah baru sangat, cuma aku yang baru baca buku ni. KASINO, satu lagi buku fixi yang telah aku khatamkan. punya beria aku ni nak menghabiskan buku yang satu ni, sampai aku sanggup bawa gi camping, gigih sungguh!

KASINO sebuah penceritaan seorang jejaka, Mohd Narcissus yang tiba-tiba mengalami masalah kewangan  kerana perlu membayar semula sejumlah wang yang makan berjuta kepada sebuah organisasi atas sebab-sebab tertentu. jujurnya, tiap kali sinopsis cerita yang berada di belakang buku ini dibaca oleh kawan-kawan, mereka secara keseluruhannya mengatakan tulisan Saifullizan Tahir ini berkisar politik semata-mata. maka, sebagai ayat penyedap hati, aku cuma cakap "baca dulu...baru tau..". nyata, apa yang aku katakan betul, baca dulu baru tau, kerana politik itu hanyalah sebagai frasa pendek yang merupakan penyebab kepada masalah Narciss, bukanlah sebagai bahan utama dalam penulisan kreatif ini.

Namun, KASINO tidak begitu menggembirakan aku. penulisan kali ini tidaklah se-pulp yang aku jangkakan. keghairahan yang aku inginkan bagaikan terbang jauh dibawa merpati. plot yang dipaparkan begitu mudah, sehingga aku boleh menjangkakan apa yang berlaku. thrill dan saspen yang aku harapkan terhadap pencarian wang berjuta oleh Narciss berlaku di bawah jangkaan. pencarian itu tidaklah mendebarkan. plot yang kebanyakan berkenaan dengan rutin harian Narciss, membuatkan aku kadang-kala terlupa terhadap misi utama Narciss. peleraian plot pada akhir-akhir bab, aku anggapkan agak kabur (atau penulis sengaja mahu pembaca berteka-teki), begitu senang dan sebenarnya, mengecewakan.

Tetapi, KASINO ada juga bahagian yang menyelesakan aku. penulis begitu teliti terhadap sesuatu perkara, sehingga Narciss digambarkan begitu terperinci  dan cerewet dalam menjaga penampilan. sesuai dengan gelaran penghuni kota metropolitan dan berada, Narciss aku anggap sebagai seorang metroseksual yang begitu mementingkan jenama dan kualiti dalam menjaga penampilannya. seorang penggemar barang jenama Hugo Boss, Narciss juga seorang metroplitanian yang suka membaca. mempunyai bilik bacaan sendiri, tidak kira dirumah mahupun pejabat, buka yang bervariasi, membuatkan aku tahu bagi Narciss, ilmu itu penting. Narciss juga mempunyai ingatan yang sangat kuat kerana mampu mengecam jenama pakaian yang dipakai oleh orang disekelilingnya.

Sugguhpun begitu, buat bakal pembaca KASINO, jangan kau harapkan penulisan ini menyajikan kisah cinta, cinta dalam KASINO adalah berkenaan dengan cinta terhadap kemewahan, bukan cinta pada manusia berbeza gender. babak mengenai wanita seksi dan seks memang ada, tetapi hanya untuk sampingan saja. 

Walaupun KASINO agak hambar, tapi penulis tetap juga berjaya meletakkan beberapa unsur yang menarik. terutama sekali watak Narciss yang walaupun minum arak, menikmati seks semaksimum mungkin berjudi dan sebagainya tapi tetap tidak lupa pada amalan wajib lima waktu. kenapa aku kata menarik? kerana watak sebegini sangat-sangat jarang dihidangkan dalam karya kreatif. kebanyakannya, watak yang terlalu jahat sehingga lupa amalan wajib dalam agama atau penjahat yang dah insaf dan baru terhegeh-hegeh nak solat. ada juga mengenai konsep "terima dan jangan banyak tanya". ini dalam babak ketika Narciss dibangku sekolah yang bertanyakan kepada ustazahnya berkenaan kenapa arak diharamkan minum tapi ada di syurga. kekurangan ilmu yang ada pada ustazah tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila dia tidak mampu memberi penjelasan terhadap soalan yang diajukan, sehinggakan dia mengambil jalan mudah dengan menuduh Narciss ingin menjadi Yahudi. bagi aku, ini antara penyebab utama Narciss begitu menikmati arak dan penyebab kepada kegagalan penerimaan Islam dalam dunia global. aku juga suka akan cara garapan penulis menggambarkan sesuatu perkara seperti rutin wajib Narciss untuk bersiap ke kerja, corak permainan baccarat yang menjadi kegemaran Narciss, jenis-jenis arak (kadang-kadang sampai aku rasa cam nak cuba je sebab nak tau rasanya macam mana, tapi aku waras lagi beb!) dan permainan golf. tidak lupa juga aku gemarkan penceritaan politik yang diselitkan, dan kerana itu, aku tahu, tidak kira siapa yang memimpin, parti islam atau bukan islam, kalau hati tak bersih, politik itu akan jadi kotor.

Buat penggemar buku, dapatkan KASINO kerana setiap orang punyai pandangan berbeza.

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords