Monday, July 4, 2011

SEKALI LAGI


Assalamualaikum dan hye kawan-kawan!

Sebelum memulakan ulasan lebih panjang, mari kita tengok sikit info berkenaan filem ini.

Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara Nasuha, Bront Palare, Kartina Aziz.
Durasi : 1 jam 26 minit.
Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Jadi, kenapa saya tonton filem ini?
Sebab saya cuma nak tengok kecomelan Mia Sara Nasuha.

Filem ni pasal apa ya?
Berkenaan seorang lelaki bernama Arman (Shaheizy Sam) yang menghidap autistic selepas melakukan pembedahan membuang tumor di otak. Arman berkenalan dengan Amy (Mia Sara Nasuha) semasa Amy cuba menyelamatkan Arman yang dirompak selepas Arman pergi mencuba baju kahwin untuk perkahwinannnya dengan Farina. Tiba-tiba, Sheila (Lisa Surihani), mama Amy melarang keras Amy berkawan dengan Arman. Arman mula pelik dan mencari Amy dikawasan tempat mereka selalu lepak. Pada satu hari, Sheila telah memarahi Arman di hadapan pelanggan gerai Haris. Ketika itulah Sheila mula menceritakan kisah silamnya pada Haris. Namun, Haris mula merasai perubahan Sheila, dan memberitahu Sheila bahawa dia faham kalau Sheila taknak meneruskan perkahwinan mereka. Setelah berbincang dengan ibu Arman, Sheila mula melepaskan kenangan silamnya dan meneruskan perkahwinannya dengan Haris.

Apa kenangan silam Sheila? Kenapa Sheila dengan kerasnya menghalang Amy untuk berkahwin dengan Arman? Kenapa tiba-tiba ibu Arman berbincang dengan Sheila? Apa yang dibincangkan mereka? -sila tonton sendiri filem ini.

Nak tahu sinopsis sebenar mengikut kata pengarah dan penerbit? sila lihat sini.

Macam mana dengan plotnya?
Mendatar. Sangat-sangat mendatar yang mendorong kepada konsep tertidur dalam panggung (nasib aku tak tertidur). Plot yang mendatar ini dimeriahkan dengan gelak tawa yang sedikit oleh kecomelan dan kepetahan selain kebijaksanaan Mia Sara Nasuha sebagai Amy. 

Bagaimana perwatakan yang dibawa oleh pelakon dalam watak masing-masing?
Lisa Sruihani : watak ibu yang ala kadar.
Bront Palare - kurang kesungguhan seorang yang begitu cintakan Sheila.
Shahezy Sam - autistic yang hanya dizahirkan oleh skrip, 
                       kurang gambaran seorang pesakit autistic melalui 
                       kelakukan fizikal.
Mia Sara Nasuha - sebab dia budak-budak, maka dia amat comel. 
                              petahnya dia bercakap mampu buat orang terfikir 
                              betapa hebatnya ingatannya untuk menghafal begitu 
                              banyak ayat.

Bunyi macam filem tak best, kenapa?
Selain isu plot yang bosan dan watak yang ala kadar, ada lagi beberapa isu lain iaitu :

1.Ada scene tak logik :  
Amy yang berumur 5 tahun dibiarkan merayau sekitar KL tanpa ditemani orang dewasa.
Farina dengan tiba-tiba nak bagitau ibu Arman punca Arman ditangkap merogol Farina oleh ibunya.

2.Lipsing, nada dan raut wajah yang gagal :
Banyak dilihat oleh lakonan Lisa Surihani. lagi-lagi waktu dia nak marah.riak muka dengan nada suara amat jauh.
Waktu Mia Sara nangis pun same. gerak mulut dan riak muka tak same.
Raut wajah Bront Palare masa nak luah cinta kat Lisa tak dapat dirasa emosinya.

3.Wujud watak yang tak patut wujud :
Farina. walaupun, dalam filem ni watknya ialah watak jahat. rasannya, kalau tak payah wujud pun takpe. tak jejas pun plot citer. wat semak lagi ada.
                                 
ok! cukuplah banyak tu. tak tau nak ulas apa sebab tak terkesan langung dalam hati masa tengok filem ni. patutulah David Teo kurang nak promot-kan filem ni.

2/5

2 comments:

shandye. said...

ada kawan cakap cerita ni kurang gula. lepas baca review baru faham kenapa dia cakap macam tu.

huhu...

oh, well... there is always room for improvement, kan?

kalau semuanya perfect boring jugak dunia ni. hehehe...

SUDUT MATA SAYA said...

shandye : yup! diorang blh improve lg. tp bila kt dah dibiasakan dgn pelakon2 yg meletup dan kt rasa dia cukup bagus utk melakonkan sesuatu watak tp malangnya tidak, di situ timbul kekecewaan. =)

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords