Terima kasih flyfm.
Tajuk album : Innocent Soul.
Penyanyi : Najwa Mahiaddin.
Genre : Neo Soul.
Tema : Percintaan sepasang kekasih.
Harga : RM27.90
Intro :
Album yang memuatkan 10 lagu dan kesemuanya ialah lagu Inggeri tulisan najwa sendiri. Bergenrekan neo soul, iaitu sejenis genre yang menggabungkan soul dan R&B kontemporari ini turut mempunyai sedikit elemen jazz. Penuntut International College of Music di Amerika Syarikat ini telah mula diperkenalkan dengan dua lagu duet bersama Malique iaitu melalui lagu Kau Yang Punya dan Senyum. Ternyata, suara wanita ini dalam kedua-dua lagu tersebut unik didengar dan tak klise serta tipikal seperti yang telah kita dengar dari penyanyi tempatan yang lain. Akhirnya, penyanyi yang sealiran dengan Alicia Keys, Amy Winehouse dan Adele menghasilkan 1 album Inggeris penuh yang kebanyakkannnya lagu direkodkan di Indonesia.
Review Lagu :
1.Got to Go
Lagu yang mengisahkan seorang pakwe yang telah terkantoi bermain kayu 3 dengan kawan baik aweknya sendiri.Lontaran suara oleh najwa yang lantang menunjukkan ketegasan awek tersebut untuk berpisah dengan kekasihnya dan mencari lelaki yang lebih sesuai.Muzik yang agak catchy membuat kita berasa seolah-olah si awek tak begitu sedih untuk meninggalkan kekasihnya.Mungkin sebab dia tau yang ada lelaki lebih baik untuk dirinya.
Ini official music video lagu ni.menarik!cuma ada sedikit kekurangan dari segi lipsing.
2.Sweet October
Lagu berkenaan seorang awek yang teringat pada kali pertama kekasihnya mengungkapkan rasa cinta padanya.Dia begitu gembira sekali sehinggakan boleh mengingati setiap perkara yang dilakukan pada hari itu dan menggambarkan perasaan terujanya tatkala dua hati menjadi satu.Lagu yang lebih santai ini amat sesuai didengari oleh pasangan suami isteri bila lepak2 dekat lounge.Sangat mendamaikan.
3.Go 'head
Ha!lagu ini sangat sesuai bagi para gadis dan jejaka yang putus cinta.sebab lagu cam bagi semangat kepada yang putus cinta supaya sentiasa ingat bahawa ada orang lain lebih sayangkan kita selain kekasih yang dah tiada bersama kita.
4.Jealousy
Lagu ini amat sesuai untuk awek yang rase tak secure bila tau pakwe dia rapat dengan perempuan lain.sangat2 sesuai untuk ditujukan kepada para kekasih.bukan sebab nak kata yang si awek tak yakin dengan si pakwe, tapi more to herself yang tak yakin dengan diri sendiri.
5.I've Got the... & 6.Monday Blues
Dua lagu yang sama sebab I've Got the... ni 1st verse of Monday Blues.lagu pasal si kekasih malas nak wat kerja rutin.kalau boleh nak bersama dengan si kekasih je sepanjang masa,sepanjang waktu.sesuai untuk pasangan yang sedang alami passionate love stage.but,who want Monday?
7.How Long I Must Wait
ffuuh.lagu ini agak melankolik.sesuai untuk pasangan yang tgh buat LDR.cerita pasal kekasih yang kena bersabar dan menunggu bilakah sang kekasihnya akan kembali ke pangkuan.rindu dendam semakin menebal.bertambah melihat pasangan lain hebat menjalin kasih asmara.
8.Ain't That A Shame
oh!aku suka lagu ni.lagu pasal gadis usha seorang jejaka.hello!sume gadis buat gini k bila nampak pakwe yang ganteng.lagu ini buat aku ingat zaman remaja (ceh!bunyi aku cam dah tua je).plus,at least,si gadis kira agak berjaya bila jejaka yang di-usha tu noticed dia and ajak dia minum kopi bersama.terasa jeles lak dengan watak gadis dalam lagu ni.
9.Innocent Soul
ok!ni satu-satunya lagu humanity.berkenaan dengan seorang budak lelaki yang kehilangan ibunya kesan dari peperangan.dia jadi clueless sebab rumah dia skang jadi medan perang.dia tak tau mana arah tuju lepas kematian mak dia selain dia pikir kenapa tempat dia bermain kini jadi tak setenang dulu.lagu ni juga bagaikan satu persoalan bila peperangan ni nak berhenti.
10.Your Love
Skali dengar intro lagu ni cam lagu "beribu bintang di langit..bla bla bla..".tapi dah lame-lame akan jadi lagu najwa sendiri.lagu ni pasal si awek rasa sangat bahagia dilimpahi oleh cinta sang kekasih dan takde satu benda pun boleh compare dengan cinta yang diberi sang kekasih.
Secara keseluruhan,lirik lagu bagi setiap lagu simple je.tak susah pun.dan lagu-lagu ni kalau penyanyi dekat lounge dengar,aku rase memang semua lagu akan diguna pakai.well,biasanya lagu rentak jazz,soul memang akan jadi pilihanlah.satu lagi,jujur,aku bukan begitu pandai dalam bahasa Inggeris,tapi inilah yang aku rasa setiap kali dengar lagu nukilan najwa.tak pernah mengecewakan aku.berbaloi untuk dibuat simpanan dan diberi hadiah kepada seseorang.
No comments:
Post a Comment