Assalamualaikum dan hye kawan-kawan!
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya keluar gak citer melayu epik yang bertajuk HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM). disebabkan taknak menjadi antara orang terakhir tengok, maka dengan itu aku bersama kawan-kawan ku yang encem dan comel (kene puji,kalau tak puji nanti..) ke queensbay untuk menonton filem yang diarahkan oleh yusry KRU.
ok! straight to the point. HMM mengisahkan berkenaan seorang lelaki yang bernama merong mahawangsa (lakonan steven hughes) yang telah ditangkap semasa di Goa dan hampir menjalani perintah hukum bunuh kerana telah cuba membawa lari anak gadis penduduk di situ. pada masa itu, putera raja rom iaitu marcus bersama panglimanya sedang mencari seseorang yang boleh membantu mereka meneruskan pelayaran ke salah sebuah negara yang tak bernama untuk melangsungkan perkahwinan dengan puteri raja china. disebabkan marcus telah melihat kehebatan merong mahawangsa semasa di gelanggang, marcus telah membuat keputusan untuk menggunakan khidmat merong yang dikatakan seorang yang sangat mahir dalam bidang pelayaran dan selok-belok laut, kerana kapal-kapal yang mengiringi marcus kebanyakannya telah musnah akibat ribut di tengah-tengah perairan.
pelayaran merong dan marcus akhirnya telah ke tempat yang dituju. tetapi kehadiran mereka tidak disukai oleh orang tempatan iaitu suku kaum geruda. oleh itu, mereka telah membuat serangan ke atas rombongan china dan rom yang mana puteri china telah diculik dan marcus telah dicederakan dan dihumban ke dalam laut.merong yang turut juga tercedera dalam pertempuran telah dijumpai oleh pak kesum (lakonan dato' haji rahim razali) yang merasakan dia adalah orang dicari-cari dan juga anak kepada salah seorang orang kampungnya untuk menyatupadukan dan menjadi raja bagi kaum-kaum yang telah berpecah belah akibat kejahatan geruda.
masa pemilihan telah tiba, merong ditabalkan menjadi raja dan mereka semua sedang cuba untuk membina negara mereka selain menyiapkan diri untuk menyerang geruda.tiba-tiba,panglima china datang ke tempat merong bersama-sama marcus dan sekali lagi memohon bantuan merong untuk menentang geruda.merong bersetuju.pak kesum memberitahu kelemahan yang ada pada dua orang kuat geruda iaitu taji (lakonan wan hafiz wan su) dan kamawas (lakonan khir rahman), terletak pada tangkal yang dipakai mereka.cara untuk melemahkan mereka adalah dengan menanggalkan tangkal tersebut.dalam pada itu,puteri china telah berjaya menanggalkan tangkal kamawas.klimaksnya,tibalah masa pertempuran antara geruda,rom,china dan merong sendiri.pertempuran sengit melihat kepada kematian bala tentera geruda yang ramai dan juga panglima china,kamawas dan akhirnya merong-taji.
my opinion :
dari segi jalan cerita,ringkas,tak terlalu sarat membolehkan penonton lebih mudah untuk menerima citer-citer berat seperti ini.ada juga diselit dengan unsur-unsur lawak yang boleh meringankan otak penonton nak menonton.tapi ade gak unsur-unsur lucah tapi ringan.bahasa inggeris yang digunakan pun mudah membolehkan penonton-penonton yang kurang mahir boleh faham dialog pelakon (even ada sari kata) apatah lagi bahasa malaysia yang klasik.sedap didengar.pelakon-pelakon yang digunakan walaupun tak popular tapi hasil kerja mereka sangat membanggakan sekalipun babak tak banyak.paling bangga dengan khir rahman dan nellie ng.steven huges bercakap melayu tak nampak slanga sangat.bagus!watak khir rahman tu,aish.. memang buat jiwa sakit,rasa nak sepak terajang pun ade gak.latar tempat dan pakaian tak dapat nak komen sebab tak tau cara pakaian sebenar pada zaman itu.tapi masih boleh nampak klasiknya di situ.teknik CGI,sangat membanggakan bagi tahap penggunaan teknologi di malaysia dalam bidang perfileman ni.tapi masih banyak yang perlu diperbaiki kerana masih ada babak yang jelas kelihatan penggunaan teknik ini.dan sekali lagi ingin ditegaskan,JANGAN NAK SAMAKAN TEKNOLOGI CGI DI BARAT!skor muzik yang sangat ringkas.penggunaan muzik orkestra sangat membantu dalam citer ni.satu lagi,walaupun citer ni epik dan klasik,unsur kuasa mistik sangat-sangat kurang digunakan,tak seperti filem puteri gunung ledang yang mana terlalu banyak digunakan terutama dalam babak pergaduhan.babak pergaduhan yang ditunjukkan oleh khir rahman sangat real dalam HMM.tahniah!
ada satu pantun yang digunakan dalam HMM berbunyi "sampai masa tibanya waktu,redup hati kamu berdua,bila dua jasad bersatu,hidup mati jadi bersama." yang menjadi tonggak utama citer yang mana menunjukkan dua unsur yang dikiaskan iaitu unsur baik dan jahat.penjelasan pantun hanya akan dapat dilihat pada penghujung citer.teknik penceritaan yang sangat baik.unsur lucah jelas kelihatan pada kenakalan merong pada awal citer dan kamawas yang terang-terang sangat bernafsu pada perempuan.terutamanya ketika kamawas cube nak try test tengok dengan puteri china sampai ada dialog "empangan kalau dibuka.manakan bisa menahan airnya." dan part dia nak mati masa merong bunuh dia,dia boleh cakap "kelazatan embok,masih dapat ku rasai hingga kini." memang lawak la part ni! sempat lagi cakap camtu time nak mati.tapi memang kelas la!
tapi over all,satu filem malaysia yang sangat superb!hasil kerja yang hebat bagi tahap perfileman malaysia ni.tahniah yusry dan KRU!
4/5
No comments:
Post a Comment