assalamualaikum dan salam sejahtera.
sabtu lepas, aku menonton citer terbaru yang ada di pawagam sekarang iaitu TRON-LEGACY in 3D di times square. citer ni pun adik yang piloh tapi hati aku takde rase ape-ape terhadap ni. rase biase je.
citer ni sebenarnya sequel kepada cite TRON yang penah ditayangkan kalau tak silap dalam tahun 1982. TRON berkenaan seorang lelaki yang bernama Kevin Flyyn yang merupakan software engineer yang buat a few computers' programmes dan salah satunya dinamakan TRON. tibe-tibe, kevin hilang tanpa berita. bila sam (anak kevin) da besar, sam wat sabotaj pada satu software baru yang direka oleh kawan kevin (da lupe nama dia sape) dan alan iaitu kawan baik kevin soh sam gi siasat pasal software terbaru ni and bagi kunci cam kedai mainan kat sam. kedai ni de banyak alat mainan, terutamanya TRON. kat belakang mesin mainan TRON de satu bilik rahsia yang digunakan oleh kevin untuk wat software2 baru. entah macam mane, sam termasuk dalam satu program yang masih lum disiapkan oleh kevin. setalah diketahui bahawa sam ni ialah user dan bukan program, maka, kawan baik kevin yang turut terperangkap dalam program tu same cam kevin cuba nak hapuskan sam dan kevin. quorra yang juga salah-satu proram yang baik bawak sam jumpa ayah dia. then, dari situ bermulalah usah-usaha untuk menghapuskan watak jahat.
sebenarnya, TRON adalah salah satu citer yang bosan sampai aku pun boleh tertido. citer ni tak banyak saspen atau thrill. 3D pun kurang ditonjolkan. jadi,agak membazir bagi siapa yang menontonnya dalam 3D. dan yang paling penting,citer ni takde subtitle. ini membuatkan aku berusaha menggunakan sepenuhnya pancaindera yang aku ade.aku cuma boleh bagi 1.5/5.
No comments:
Post a Comment