assalamualaikm dan salam sejahtera.
buku ni aku beli masa de book fair kat usm. ala book fair yang kecik-kecik je bukan besar pun. aku beli pun sebab dapat harga murah. kalau tak, nganga mulut je aku tengok buku ni. ok! kenapa aku beli buku ni?? aku beli sebab ni citer paling gempak dan sejarah terpenting yang terjadi kat tanah melayu suatu ketika dulu. tapi itu tak bermakna, aku ni peminat sejarah. aku baca untuk ketahui apa yang sebenarnya terjadi dan taknak dengar dari mulut orang je.
buku yang ditulis oleh DATIN FATINI YAACOB ni mengisahkan kisah hidup NATRAH dari kecil hingga tercetusnya beberapa peristiwa yang emosi.buku ni bukan cam buku-buku yang lain yang mempunyai aksara dari awal hingga habis bab. memandangkan ini buku sejarah dan penulis telah buat banyak kajian dan perlu disertakan dengan bukti sebagai pengukuhan. maka, buku ini sarat dengan gambar-gambar,surat dan sebagainya.
kalau ikut salahsilah keluarga NATRAH sebelah emaknya, sepatutnya NATRAH dan adik-beradik lain merupakan seorang Islam kerana neneknya telah menganut agama Islam selepas berkahwin dengan orang indonesia beragama Islam. kemudian, emak NATRAH menganut agam kristian kerana ketika pengukuhan dan didikan Islam oleh neneknya longgar yang berkahwin dengan seorang belanda. disebabkan hubungan nenek NATRAH dan ibu angkatnya iaitu che aminah amat erat, NATRAH dan keluarganya juga amat mengenali che aminah sekeluarga kecuali ayah NATRAH. tak ingat apa sebabnya. lepas ayahnya dipenjarakan dan kehidupan NATRAH sekeluarga yang amat2 susah, emaknya telah menyerahkan NATRAH kepada che aminah untuk dibela tanpa pengetahuan ayahnya. konflik sebenarnya mula tercetus apabila ayahnya dibebaskan dari penjara dan mula bertanyakan NATRAH kepada emaknya yang menipu dan mengatakan che aminah membawa lari. sebagai seorang ayah yang tak tau ape-ape, dia cuba mendapatkan kembali NATRAH dari che aminah dan memohon bantuan dari kerajaan belanda.
disebabkan waktu itu, kristian dan islam tidak mempunyai hubungan yang baik. dan ketika itu NATRAH telah berkahwin dengan seorang Islam dan menganuti agama Islam. jadi, perebutan NATRAH ini boleh dikatakan perebutan antara agama. jadi,pertembungan dua jenis undang-undang ini berlaku dan undang-undang buatan manusia atau pihak pemerintah digunakan kerana perkahwinan NATRAH-MANSOR ADABI dijalankan di singapura dan singapura ketika itu diperintah oleh pihak inggeris. undang-undang Islam diketepikan sama sekali. masa itu, ramai orang yang marah kerana mereka mengadili perkahwinan ini menggunakan undang-undang inggeris yang mana bagi mereka NATRAH adalah masih kanak-kanak dan belum mencapai umur matang untuk berkahwin. tapi kalau dilihat dari sudut jangka waktu tersebut, langkah yang diambil oleh inggeris boleh diterima kerana inggeris adalah pemerintah dan penggubal undang-undang selain islam bukanlah agama utama tanah melayu kerana tanah melayu masih belum merdeka. walau bagaimanapun, agama perlu menjadi keutamaan dan hal ini amat mendukacitakan orang melayu dan Islam khususnya kerana mereka diadili hanya dari satu sudut pandangan sahaja. hal ini sebenarnya tercetus boleh dikatakan sebagai kesilapan che aminah sendiri apabila mengahwinkan NATRAH-MANSOR ADABI di singapura bukan di terengganu.
perebutan ini juga dikatakan sebagai cara belanda menutup malu kerana kalah teruk dengan indonesia dalam memastikan kekuasaannya di sana.
kekalahan che aminah-mansor adabi dalam perbicaraan kedua dicemari dengan tipu helah yang dimainkan sepenuhnya oleh belanda dan ibu NATRAH sendiri dalam usahanya untuk menutup citer sebenarnya dari ayahnya. bagi aku, saat emosi bukanlah berlaku semasa keputusan diumumkan tapi selepas keputusan diumumkan yakni cara NATRAH dipisahkan dengan che aminah oleh inggeris dan belanda,bagaimana hak asasi manusia dicabul oleh inggeris dan belanda,kepayahan memendam rindu antara orang yang sedang berkasih sayang iaitu che aminah-NATRAH-mansor adabi dan bagaimana seorang kanak-kanak menempuhi hidupnya yang hanya dipenuhi duka.tapi ada satu perkara penting juga yang perlu dilihat di mana bagaimana satu peristiwa boleh menyatupadukan orang yang mempunyai pelbagai ideologi,pemikiran politik dan bangsa untuk menegak satu hak yang jitu iaitu Islam. juga perlu dilihat satu semangat orang melayu/Islam yang muncul membuak-buak untuk membela kaumnya sendiri.
namun, de banyak persoalan yang sangat banyak perlu difikirkan oleh pembaca seperti aku ketika membaca buku ini. kenapah dato' oon ketika itu menolak untuk mebantu dalam hal NATRAH? kenapa che aminah mengahwinkan NATRAH-MANSOR ADABI di singapura bukan di terengganu? bagaimana media luar dan tempatan yang pro pemerintah dan berhaluan kri tanah melayu memainkan peranan yang sangat besar sehingga hal ini menjadi sangat panas untuk jangka masa lamanya? kenapa banyak tipu helah yang perlu digunakan untuk menindas insan biasa? kenapa mesti ibu NATRAH menipu mengenai penyerahan NATRAH kepada che aminah? kenapa begitu keji penguasa belanda dan keluarga NATRAH apabila ada orang ingin membantu NATRAH-MANSOR ADABI berhubung kembali?
bagi aku, sebagai seorang kanak-kanak yang membesar dalam keadaan yang penuh masalah dan menekan emosinya amat menyedihkan. jadi, tidak salah bagi NATRAH untuk berasa takut dan trauma untuk melakukan sesuatu perkara kerana dia takut akan hatinya akan sengsara lagi. dan hal ini bagi aku, penulis sepatutnya tidak boleh membuat anggapan dan kesimpulan sendiri apabila NATRAH takut untuk membuat keputusan yang melibatkan dirinya, kembali melayan perasaan tatkala dia diingatkan kembali pasal che aminah, mansor adabi dan tanah melayu, keputusannnya untuk kembali ke malaya dan singapura secara senyap-senyap. kerana NATRAH taknak dirinya menjadi tumpuan lagi, taknak dirinya menjadi mangsa keadaan lagi dan taknak ada orang lain lagi yang terluka hati kerananya lagi.
keseluruhannya, buku ini wajar disimpan dan diterbitkan dengan lebih banyak. biar budak-budak skarang baca dan tau keadaannya serta buat kajian sket. bukan hanya dengar cakap mulut dan bergantung pada internet sahaja.buku wajib ada! dan 4.5/5.
No comments:
Post a Comment