Saturday, May 5, 2012

KASANOVA


Diambil dari fb niza.

I'm back! pfftt.. nada bajet blogger #retis je. kahkahkah!

ok! malam ni aku habiskan sisa-sisa yang ada dengan menonton satu teater kat Dewan Budaya, bertajuk KASANOVA. KASANOVA arahan pelajar master lakonan dan pengarahan (kalau tak silap) Khairul Azhar Jalil dan dibintangi oleh Arja Lee (sape tak kenal,aku faham kenapa..sebab dia tak popular dari segi hasil kerjanya.sape kenal,aku faham kenapa..sebab keja suka baca gosip artis je.LOL!) turut dibantu oleh Farhan AF2 dan beberapa yang lain. KASANOVA ni sebenarnya fyp utk Arja Lee, sebab dia pelajar tahun akhir drama dan pengarahan (kalau tak silap). 

KASANOVA mengisahkan Jimmy, penyanyi kelab malam terkenal di Bukit Bintang. Jimmy yang berasal dari kampung dan telah berjumpa dengan Johari, pengurus kelab malam tempat dia bekerja telah menjadi titik tolak permulaan hidup Jimmy sebagai playboy. Pada suatu hari, Jimmy telah dicabar oleh Johari dan rakannya untuk tackle seorang gadis innocent yang bekerja dlm bidang event management, Natasya Amira. maka, bermulalah babak cerita baru antara Jimmy-Natasya Amira.

cukup sudah sinopsis. apa lagi,baca review kat bawah ni.

durasi masa teater yg pendek (aku tak ingat tempoh masa) buat aku tak dpt menjiwai watak Jimmy dan Natasya dengan lebih dalam. durasi masa yang pendek ini juga menyebabkan plot menjadi terlalu cepat, sehinggakan aku boleh nampak jalan cerita agak caca-marba. kurangnya keperincian dalam babak cinta Jimmy-Natasya, buat aku rasa macam agak kelakar apabila mengingati semula sinopsis yang dikatakan oleh mc sebelum teater bermula. seperti yg dikatakan,KASANOVA merupakan fyp bagi Arja Lee, maka, KASANOVA telah menjadi medan untuk Arja Lee dinilai oleh pensyarahnya namun, atas sebab ini, babak monolog Arja Lee nampak lebih dominan berbanding pembinaan jalan cerita yang lain. sesungguhnya, lakonan Arja Lee agak over menjadikan babak monolognya agak menjengkelkan. hal ini berlarutan sehingga ke peleraian. penjiwaan yang over nampak lagi sangat jelas apabila Arja melakonkan babak split personality (which aku rasa kalau takde part split personality pun takpe).

dari segi teknikal,agak mendukacitakan. sound system yang lemah buat suara pelakon tidak jelas kedengaran. muzik tak masuk ikut time buat penonton tertanya-tanya. mujur,ada pelakon yang pandai manipulasi keadaan dan menyebabkan penonton ketawa berdekah. 

sebenarnya, pelakon tambahan lebih bagus berbanding Arja Lee tapi tak nampak over shadow dia sebab babak diorang tak banyak. cuma, bagi aku,ada beberapa watak yang tak patut wujud pun takpe, cuma pengarah nak wujudkan watak tu untuk buat penonton tersenyum dan ketawa sedikit untuk beberapa minit,selebihnya tiada.

over all, teater ni tidak begitu mengujakan. bagi sesiapa yang pernah nampak hasil kerja Khairul Azhar, dengan mudah dia boleh nampak trademark dia dalam teater kali ini. aku cuma terhibur dengan role watak tambahan dan tarian sepanjang teater muzikal berlangsung. begitu bertenaga! jadi,aku hanya boleh bagi 2/5.

p/s : bila tengok penghujung cerita, terus dalma hati cakap "nasib aku beli tiket RM5 je"

2 comments:

anakGAJAH said...

last aku tengok teater masa teater musical kampung boy. boleh tahan best. but, tak tahan yea dia punya teater sampai pukul 1 malam T___T tertidur2 juga la time tuh. peh!

Fieyadyna Nurdin said...

terraammaaatttlaahhh setujunya cik nadia oiiiii.. heheheeee.. ^_^

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords