diambil dan diedit dari RNS
Nami ni, aku kira tgh rajin menulis dan idea tgh mencurah-curah ke daun keladi. maka, muncul satu blog baru iaitu rokok nan sebatang dan aku lbh suka panggil RNS sebab nama asal panjang sgt. hehe...
peringatan : RNS adalah sangat berbeza dr ACT dan BAYANG tp lebih menjurus kpd blog peribadi nami sendiri.
Cerita dimulakan dgn pertemuan antara Wan dan Romi di satu kedai mamak. kemudian, diteruskan dengan penjelajahan Wan dan Romi ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. cerita ditambah dgn beberapa watak seperti Rudi, Bunga, Puspa dan lain-lain.
RNS, bagi aku, ada prinsip sendiri. prinsip yg dibawa oleh Wan sepanjang penjelejahan mereka. aku sukakan Wan, cukup buat aku puji nami dlm memberi seribu satu bayangan baik mengenai Wan kpd pembaca. Wan bagi aku, banyak ilmu di dada. semua benda yg dibuat ada falsafah yg dipegangnya (maaf,aku tak boleh bg contoh sbb aku tak hafal). Wan juga,aku kira, bagaikan cikgu utk Romi (juga utk aku sbg pembaca). cara Wan pandang hidup lain dr org biasa, lain dr Romi, lain juga dr watak-watak yg ada. seorang yg mempunyai cinta agung ni,nami simpan sifat misterinya hingga ke bab-bab akhir.
RNS ditambah unsur romantisme bila muncul watak Bunga. macam mana Bunga? simple! perempuan yg buat nami turn on : berchuck taylor,rambut curl,bermata hazel. Bunga digilai Romi sejak pandang pertama. Bunga dikatakan ingin menemui sang kekasih di singapura. ini antara sebab, kenapa Romi lmbt mula langkah nak ngorat Bunga (juga antara sebab kenapa ending tak bgtu gembira).
Pergh! RNS sebenarnya cukup mencabar. mencabar kalau korang baca dlm keadaan lapar. memang korang akan mencari makanan lepas tu. sebab apa? sebab RNS bagi aku dah macam travelog makanan. setiap negeri yg dijejak, setiap tu juga ada makanan yg menjadi penarik, mcm daging salai masak lemak daging salai dan kopi (ini antara sebab kenapa aku menyumpah nami tiap kali hbs baca RNS). sebenarnya, nami nak bagitau mcm ni "hey!byk lagi makanan best2 dlm malaysia selain kepsi dgn mekdi!"
lepas muncul Bunga, cerita diselang-selikan prinsip dan romantisme. prinsip oleh Wan, romantisme oleh Romi-Bunga,ada juga dari Puspa. (kadang-kadang stress gak aku baca sbb aku nakkan falsafah lagi dr unsur cintan-cintun ni) ada juga cerita pasal kekeluargaan, Romi dan neneknya. (suka wo baca part nenek Romi,rasa mcm disayangi).
RNS yg ada 31 babak yg semuanya kalau dipecahkan lagi,mungkin jadi lebih 50 babak sebab nami ni tak reti nak tulis pendek-pendek, ada pengakhiran buat aku emosi. ya,emosi terlampau sampai aku menangis. ya,menangis. ACT pun tak mampu buat aku mengalir air mata.
diakhiri dgn kisah kawan tikam belakang kawan, kawan makan kawan dan kawan mati sebab nak selamatkan kekasih kawan yang tak sanggup nak selamatkan kekasih sendiri, cukup buat aku terluka. pada peleraian kali ni, Wan ada bagi cakap lebih kurang mcm ni "seorang kawan akan maafkan kawannya skalipun dia tak penah minta maaf utk kesalahannya" (sebenarnya panjang lagi tp aku cukup ingat yg lebih kurang mcm ni), cukup buat aku rebell dgn tulisan nami kali ni. cukup buat aku benci dengan Wan, cukup buat aku marah kpd Bunga. dan cukup buat aku bertambah emosi dlm bab2 persahabatan ni (emo!).
aku taknak cerita banyak, apa kata korang baca sendiri. aku rasa, blog tu masih ada lagi. jadi, sila singgah ya!
p/s : maaf. ini review paling gagal aku rasa. aku tak penah nak rasa susah gila nak buat review psl benda yg aku baca. dan RNS lah benda itu...
2 comments:
Actually tujuan "Rokok Nan Sebatang" ialah untuk menentang hegemoni mamak dan tomyam. gagagaga.
Bunga tak rambut curly, Puspa it is.
Bunga rambut dia short, macam gambar Kris Cempaka dalam blog tu. hahahaha
Akan ada sambungan "Memoir Bunga Ramona" afterwards. Tapi tunggu "Pengejar Bintang" terbit - sebab ada kait mengait dengan watak itu.
Sekian.
@cob nobbler : haha.. thank you sbb betulkan.. dah naik confuse baca bayang-RNS serentak..hehehe..
Post a Comment