Wednesday, September 21, 2011

TUHAN MANUSIA


Assalamualikum dan hye!

Novel terbaru ditangan baru saja dikhatamkan semalam. jadi, seperti biasa akan ada sedikit ulasan yang akan aku terbitkan berkenaan novel terbaru yang aku baca ni. novel ni bertajuk "Tuhan Manusia" karya Faisal Tehrani yang juga seorang blogger terkenal. nak tau apa blognya? google sendiri.

Jadi, apa cerita sebalik Tuhan Manusia?
cerita berkenaan seorang remaja lelaki yang dalam usaha untuk mengenali pluralisme dengan lebih dalam dan menguatkan lagi imannya terhadap Islam yang satu. hal ni disebabkan oleh kes abangnya yang telah murtad. turut dipaparkan keazaman kuat Ali Taqi dalam usahanya untuk menyebarkan syiar Islam atas satu pegangan kuat dari ungkapan ibunya iaitu

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."


Apa yang menarik dengan novel ni?
banyak! bukan saja kisah mengenai kesungguhan dan keberanian Ali Taqi untuk memantapkan iman dan menyebarkan Islam dalam kalangan remaja pada usia muda, tapi juga hubungannya dengan Zehra yang aku blh kira sebagai "crush"nya semasa di sekolah yang begitu jauh beda fahamannya. turut juga terselit mengenai cerita sahabat baik Ali yang memasuki Islam.

novel ni juga bagi pembaca ilmu, ilmu yang banyak. bukan sahaja dengan ilmu-ilmu berkenaan agama Islam tapi juga mengenai pluralisme dan murtad secara general.

teknik penceritaan yang digunakan penulis juga agak berbeza. pada beberapa bab yang awal (kalau tak silap  dari bab 1 hingga 10), penulis guna teknik imbas kembali sebagai pemula cerita. teknik berbeza digunakan dari bab 11 hingga 15 (kalau tak silap), penulis guna teknik penceritaan orang ketiga. setahu aku, teknik orang ketiga ni jarang digunakan oleh penulis-penulis novel terutamanya novel arus perdana.

dialog yang menarik, yakni sarat dengan maklumat. ada beberapa dialog yang aku suka dalam novel ni. antaranya ialah..

"... kami remaja dianggap tidak bersedia untuk mengetahui atau mendalami persoalan orang dewasa, akibatnya apabila tiba masa yang penting itu kami tidak bersedia sama sekali. Malah kami terkejut dan kalah."


dan

"The lamps are different, but the light is the same."


Kalau baca novel ni, dapat apa?
banyak! macam yang aku cakap tadi,ilmu baru. serius! aku tak tipu. beberapa perkara yang secar majornya mungkin akan terkesan kepada pembaca ialah :
1. konsep asas pluralisme, murtad dan hadis-hadis yang mengukuhkan lagi keindahan Islam dan satu-satunya agama yang boleh dianuti.
2.  ketidakseragaman undang-undang syariah seluruh Malaysia yang menyukarkan kepada pembendungan gejala murtad.
3. untuk mantapkan hujah (tak semestinya atas tujuan bertanding dsb), pembacaan ialah faktor penting.
4. kejadian ajaib bagi orang-orang terpilih ketika di Tanah Suci.


Takkan takde cacat cela langsung?
ade. ade beberapa perkara yang bagi aku sangat biasa. terutamanya pada pengakhiran Talha. dileraikan dengan satu kejadian klise. walaupun wataknya tidak dipaparkan secara keseluruhan cuma dimainkan sebagai orang yang sentiasa diingati Ali, tapi Talha adalah penyebab utama kepada tindak-tanduk Ali. penghabisan hubungan Ali-Zehra juga bagi aku biasa. babak ini mungkin tak dititikberatkan sebab penulis nak tumpukan pada hadis-hadis dan pengetahuan yang patut dia sampaikan kot.

Ulasan aku secara keseluruhannya.
jangan sangka ini sebuah novel ringan! novel ni sarat dengan macam2 perkara ilmu agama. bagi aku,ini novel ilmu. dan novel ini mampu buat pembaca melakukan senaman muka dengan kerap. sekejap kerut dahi, sekejap senyum sendiri, sekejap terlopong. ye la, bukan senang nak cerna dan hadam segala hadis serta hujah yang ada. plot cerita ringkas tapi penuh debar. cuma, banyak persoalan mengenai watak tak terlerai dan hanya disajikan dengan banyak benda mengenai agama. tapi cukup untuk buat anda rasa rendah diri akan ilmu agama yang ada dalam dada.

Nasihat buat bakal pembaca.
sebelum baca, hati kena tenang dan relax. dan kalau boleh, jangan sambil baca sambil main henpon. macam aku cakap tadi, novel ni berat. lepas tu, hati kena terbuka. terbuka dalam semua perkara dan kalau boleh lepas baca, cuba pikir-pikir sekejap mengenai apa yang dibaca.

SELAMAT MEMBACA!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords