Wednesday, August 17, 2011

Captain of the Universe


Terima kasih Alia

Assalamualaikum dan hye!

Blog yang akan di-review kali ni ialah blog yang aku jumpa melalui blog KAOS! yang diberi nama Captain of the Universe. blog yang ditulis seorang gadis berumur 27 tahun (kalau tak silap), Alia, lain dari lain bagi aku. well, to be frank, aku asaskan review oleh KAOS! mengenai blog ni semasa awal pembacaan. mula-mula, aku rasa apa yang dikatakan masih lagi samar-samar tapi semakin lama dibaca, percayalah, pasti akan melekat untuk terus membaca. ya, untuk review blog ni, aku rajin sangat untuk klik "older post", kerajinan ini juga turut didorong oleh rasa seronok dengan entri-entri yang dipaparkan.

maka, apa yang menarik dengan blog ni?

1. Alia (aku lebih senang guna nama penulis) guna konsep comic strip untuk kebanyakan entri. tidak begitu bombastik, drawing yg sangat simple tp nice to see.
2. Alia banyak menulis entri dalam english sebab kekasihnya ialah seorang mat saleh.
3. kebanyakan entri sangat lawak. jadi,akan berlaku ketawa yang terbahak. tapi ada juga entri yg hanya blh membuat senyuman terukir.

apa kurangnya blog ni?

1. ada entri yg panjang-panjang dengan tulisan bersaiz kecil. (entri yg macam ni memang aku banyak skip).
2. korang akan dapati entri yang ditranslate (bm-english) sebab nak bagi boyfriend dia baca senang.

kalau nakkan kelainan, blog ini antara yang paling sesuai. tak perlu payah2 nak perah otak nak faham. she offer you with very light and easy entries. have fun peeps!

No comments:

 
SUDUT MATA SAYA - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords