assalamualaikum dan hye!
semalam gi qb dgn wada,pija,bella n zuan.selain dr wat rutin biasa spt jalan2,tgk muvi jd adlh perkara wajib jg utk dilakukan.maka,dgn itu kami memilih utk tengok GULLIVER'S TRAVELS.
ok!watak utama ctr ni ialah GULLIVER yg bekerja di part surat menyurat sebuah syarikat penerbitan.lepas GULLIVER dikenalkan dgn pekerja baru yg bekerja sme dlm department dia yg dinamakan DAN,tp malangnya,DAN tlh dilantik utk menjadi ketua bg GULLIVER.DAN de bg kata dua kat dia yg mane konon2 cam GULLIVER sedar diri sket.GULLIVER ni suke kat satu journalist named by DARCY.sepatutnya,GULLIVER nak ajak DARCY kuar date tp entah camne,GULLIVER terambil satu borang untuk tulis satu topik pasal pelancongan (seingat aku la).disebabkan GULLIVER ni memang tak tau camne nak wat atau lebih tepat lagi untuk menjadi seorang journalist,GULLIVER copied satu review pasal satu tempat ni (aku da lupe nama tempat tu) dari satu majalah ni (pun aku da lupe nama majalah tu pe).DARCY yg pada mulanya terpesona dengan penulisan GULLIVER tu,DARCY soh dia gi segi tiga bermuda untuk wat review pasal tempat tu.
dalam perjalanan tu,GULLIVER ditimpa satu ribut taufan dan ombak besar di tengah2 laut sampai dia terdampar kat satu pulau bernama LILIPUT yang mana semua rakyatnya kerdil belaka.disebabkan GULLIVER ni besar,dia telah ditangkap oleh JENERAL EDWARD iaitu jeneral pulau liliput kerana dianggap sebagai "beast".pada satu hari di mana pulau liliput telah diserang oleh musuh dan puteri pulau liliput sedang diculik oleh askar musuh,GULLIVER telah menyelamatkan puteri liliput dan ayahnya yang membuatkan dia diberi penghargaan oleh raja liliput.masa makan malam diraja,GULLIVER telah dgn mengatakan dia ni pemerintah negeri MANHATTAN.
lepas JENERAL EDWARD da jumpa bot GULLIVER tu,GULLIVER dpt mel suara DARCY yang marahkan dia sebab tipu dia pasal artikel tu.then,liliput diserang lagi yang GULLIVER menjadi penyelamat sekali lagi.hal ini membuatkan raja liliput lantik dia jadi jeneral tentera gantikan EDWARD.EDWARD yang sememangnya tak suke dgn GULLIVER dan semakin marah dgn tindakan raja tu,berpaling tadah kepada lawan liliput.dia yang da jumpa cara membuat robot yg menjadi kegemaran GULLIVER tu bina robot tu yang mana saiznya lagi besar dari GULLIVER.
GULLIVER yg tengah kecewa dgn DARCY bertindak untuk mengalah dan memberitahu bhw dia da tipu raja dan rakyat liliput.kesannya,dia dicampakkan ke satu pulau yang mana rakyatnya lagi besar dr saiz GULLIVER.atas bantuan kawan GULLIVER kat pulau liliput,dia dapat larikan diri dan menyelamatkan DARCY yang turut terdampar kat pulau tu sebab da ditangkap oleh JENERAL EDWARD.GULLIVER yang bertarung semula dengan JENERAL EDWARD,menang juga atas bantuan HORATIO.akhirnya,GULLIVER-DARCY dan HORATIO-PUTERI LILIPUT bersama.
pandangan aku : citer ni sangat bosan!takde turun naik.beli tiket hanya untuk dengar jack black merapu,merepek,meraban segala.sangat mengecewakan.
1/5
No comments:
Post a Comment